Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

“Sarat Dengan Mesej”- Sabri Yunus Kembali Dengan Filem ‘Butak’

by Khai Azfar
October 9, 2020
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon verstail yang begitu dihormati ramai, Sabri Yunus sememangnya dikenali kerana mempunyai dimensi tersendiri dalam setiap karya yang dihasilkannya sehingga mendapat perhatian peminat. Terdahulu, karya beliau, ‘Pok Ya Cong Codei’ (2018) telah mendapat sambutan luar biasa dan tular di media sosial kerana hangat diperkatakan oleh
penonton dalam dan luar negara.

Tampil Dengan ‘Butak’ 

Bukan itu sahaja, karya lain seperti ‘Sangul Beracun’, ‘Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman’, ‘Kita Bukan Anjing’, ‘Che Pa’ turut membuktikan Sabri Yunus sebagai seorang pengarah yang sentiasa perjuangkan karya berkisar akan adat dan kebudayaan serta sarat dengan mesej-mesej kerakyatan.

Disiarkan Mulai 8 Oktober

Terbaru,Sabri kembali dengan buah tangan terbaru iaitu filem BUTAK yang akan ditayangkan menerusi Astro First, saluran 480 mulai 8 Oktober. Padat dengan mesej positif, Butak memperkenalkan pelakon remaja yang juga pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016, Izuan Fitri sebagai tunggak utama. Kali ini dia akan menonjolkan sisi berbeza daripada penampilannya dalam filem One Two Jaga dan filem Munafik.

Bukan itu sahaja, Butak juga telah menggabungkan pelakon-pelakon hebat senior dan baru antaranya Bohari Ibrahim, Kaza Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Fimie Don, Melly Amalin, Saidi Sabri, Azman Hassan, Fazli Daniel Ali, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah dan Ahmad Nizam Bahari. Sabri sendiri akan turut membuat penampilan khas sebagai Pak Man.

Sinopsis Butak 

Butak mengisahkan tentang Butak yang nakal tetapi cerdik. Penduduk kampung sering mengadu akan setiap hal dan kekecohan yang Butak buat di kampungnya itu. Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan menyalahkan diri sendiri lalu nekad untuk lari dari rumah. Kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji membawanya ke Pelabuhan Penang. Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri. Sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapannya yang lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Butaksabri yunus
https://lomp.at/88i03
Share30Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem