Seperti mana yang kita tahu, aktres jelita, Kajol menjalani kehidupan bahagia bersama suami tercinta Ajay Devgn. Pada masa yang sama, Kajol sering dikaitkan dengan Raja Bollywood, Shahrukh Khan kerana mereka berdua merupakan pasangan pelakon paling romantis dalam filem Bollywood.
Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya dia pernah jatuh hati atau ada crush dengan orang lain dalam industri ini pada penglibatan awalnya di Bollywood?
Ya, anda pasti tak percaya! Dalam salah satu episod rancangan Kapil Sharma, rakan baik Kajol, Karan Johar mendedahkan bahawa aktris itu pernah jatuh hati atau crush dengan Akshay Kumar!
Karan mendedahkan bahawa mereka telah menghadiri sebuah tayangan perdana filem Rishi Kapoor, ‘Henna’ pada tahun 1991. Pengarah filem itu menambah bahawa Kajol membuat hidupnya serabut, kerana terpaksa mencari crush -nya itu di seluruh acara tersebut.
“Saya bersama Kajol di sebuah acara, pada tayangan perdana filem Henna. Kajol sangat menyukai Akshay Kumar dan mencarinya di seluruh tayangan perdana itu. kami berdua mencarinya di keseluruhan acara. Walaupun kami tidak menemui Akshay, ini adalah permulaan persahabatan kami. “
Walaupun mereka tidak menemui Akshay di acara itu, dia menyatakan bahawa mereka saling bertemu dan itu adalah permulaan persahabatan mereka selama-lamanya.
Kemudia, Kajol dan Akshay Kumar telah terlibat sama sebuah filem berjudul ‘Yeh Dillagi’. Diarahkan oleh Naresh Malhotra, filem ini juga dibintangi oleh Saif Ali Khan sebagai pelakon utama.
Sementara itu Karan dan Kajol telah banyak kali bekerjasama dalam banyak projek filem antaranya, ‘Kuch Kuch Hota Hai’, ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’, ‘My Name Is Khan’ dan lain-lain.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.