Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Ilhoon Meninggalkan BTOB Akibat Penggunaan Dadah

by Naddy Joe
December 31, 2020
Share on Facebook

Pada hari ini, label BTOB iaitu Cube Entertainment telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan Jung Ilhoon meninggalkan pasukan tersebut setelah ditangkap akibat penggunaan dadah marijuana.

Keinginan Ilhoon Untuk Meninggalkan BTOB

Dalam kenyataan rasmi hari ini, Cube Entertainment berkongsi bahawa ianya keinginan Ilhoon bahawa beliau tidak mahu merosakkan imej kumpulan itu lagi, dan memutuskan untuk meninggalkan kumpulan BTOB.

Kenyataan Rasmi Cube Entertainment

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh Cube Entertainment:

“Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kerana menimbulkan kerisauan dengan isu yang melibatkan artis label kami iaitu Jung Ilhoon.”

“Jung Ilhoon berasa bertanggungjawab kerana telah menghancurkan kepercayaan peminat dan menyebabkan kekecewaan. Kami merasakan tanggungjawab yang kuat untuk kejadian yang terjadi baru-baru ini, dan kami akan melakukan tugas kami supaya beliau bekerjasama dalam siasatan yang akan datang.”

“BTOB kini akan meneruskan aktiviti dengan enam orang ahli, dan kami akan memberikan usaha yang terbaik dan sokongan yang tidak berubah terhadap BTOB untuk showcase muzik dan persembahan yang lebih matang.”

“Kami sekali lagi meminta maaf kepada peminat yang menyokong dan menghargai BTOB.” – Cube Entertainment

Pada awal Disember, agensinya iaitu Cube Entertainment telah mengeluarkan kenyataan bahawa Ilhoon BTOB di bawah siasatan kerana disyaki penggunaan dadah marijuana. Dilaporkan bahawa polis dapat mengesahkan melalui testimoni dari rakan sekerja dan memeriksa aktiviti akun bank bahawa Ilhoon menggunakan marijuana dengan kenalannya berkali-kali selama beberapa tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ilhoon btobjung ilhoon
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Foto - @hi_songjoongki (IG) / @joy_undo (X)
Spotlight

[VIDEO] Nama Song Hye Kyo Disebut, Reaksi Song Joong Ki Jadi Perhatian

by Nurul A.
October 21, 2026

Di platform X, tular sebuah video yang memaparkan aktor Korea Selatan, Song Joong Ki disapa peminat di tepi jalan. Namun...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara