James Charles, seorang YouTuber dan jurusolek artis terkenal dari Amerika Syarikat, menimbulkan kemarahan netizen setelah memuat naik gambar bogel dirinya.
James juga memakai perut hamil palsu di laman Instagram dan kandungan YouTube-nya. Melihat laman Instagramnya, muat naik lelaki berusia 21 tahun itu nampaknya mempromosikan kandungan video YouTube terbarunya yang berjudul ‘24 Hours Being PREGNANT!!’
James menulis sebuah kapsyen di video YouTube-nya bahawa kandungan itu hanyalah cabaran yang disampaikan oleh rakannya, Laura. .
“Video ini dibuat bukan untuk tujuan mengejek. Ini hanya untuk meringankan kehamilan dan kepekaan serta komplikasi yang muncul. Ini adalah hal indah yang dialami wanita dengan tubuh mereka. Video ini hanya untuk cabaran adakah aku boleh bertahan selama 24 jam dengan melalui berbagai-bagai ujian,”tulis James.
Malangnya, tindakan James itu sebenarnya mendapat kritikan tajam dari netizen.
“Saya sayang kamu James, tapi ini bukan tindakan yang baik kerana itu tidak benar,” komen netizen.
“James, mengapa kamu memberi kami mimpi buruk dengan melihat ini?”, Kata yang lain.
Walaubagaimanapun, sejak dua hari dimuatnaik, foto ini menerima 3.8 juta tanda suka di Instagram. Charles dikenali kerana saluran YouTube-nya yang berfokus pada tata rias yang dia lancarkan pada 1 Desember 2015. Charles pernah menjadi lelaki pertama sebagai wajah CoverGirl yang baharu. Dia yang mempunyai pengikut lebih dari 26.8 juta pengikut di Instagram.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.