Sejak beberapa hari yang lalu, nama pelakon,penyanyi dan pengacara Adibah Noor hangat diperkatakan di media sosial berikutan tegurannya kepada beberapa pihak mengenai penggunaan bahasa Inggeris dengan betul.
Mahu Jadi Pengantara
Terbaru, selepas Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan siaran DidikTV yang diperbaharui dalam NTV7, Adibah menawarkan dirinya untuk menjadi pengantara bagi slot Bahasa Inggeris.
Meskipun ciapan pelantun Terlalu Istimewa itu mendapat sokongan daripada ramai peminat, namun ada diantaranya yang mempertikaikan kredibiliti Adibah untuk menjadi seorang guru. Malah segelintir mereka turut mempersoalkan Adibah meletakkan jawatan sebagai seorang guru sebelum ini.
Mempunyai Kelulusan Dalam Bidang TESL
Tampil membalas ciapan tersebut, jelas Adibah dia merupakan seorang pemegang ijazah (dengan kepujian) pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) selain berpengalaman sebagai seorang guru bahasa Inggeris.
“Saya selalunya tak berkongsi dengan pengiktirafan yang saya ada, tetapi inilah…”
“Saya ada Ijazah (dengan kepujian) pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua B. Ed. (Hons.) TESL”
“Guru Bahasa Inggeris yang diiktiraf, yang mana dari skill saya yang sedia ada, berkembang”
“dalam sebijik kulit kacang” tulis Adibah
Terdahulu, Adibah mencuri tumpuan apabila tampil memperbetulkan sebutan bahasa Inggeris beberapa selebriti dan tokoh terkenal tempatan di media sosial. Kongsi Adibah, niatnya hanya ingin berkongsi segala ilmu kepada orang ramai untuk bersama-sama belajar mengenai penggunaan bahasa Inggeris dengan betul.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.