Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

G-Dragon & Jennie Sah Bercinta, Peminat Tidak Gembira?

by Khai Azfar
February 24, 2021
Share on Facebook

Portal hiburan Korea, Dispatch melaporkan bintang Korea G-Dragon dan salah seorang ahli kumpulan BLACKPINK, Jennie telah menjalinkan hubungan cinta selama setahun.

Sering Luangkan Masa Bersama Di Rumah 

Dalam laporan itu, mereka mendakwa telah menyaksikan ahli kumpulan BIGBANG itu dan Jennie telah bertemu secara rahsia dan sering meluangkan masa bersama di rumah. Dedahnya lagi, G-Dragon mempunyai parking khas dan lif persendirian di kediamannya yang membolehkan Jennie memasukinya tanpa dikenali orang ramai.

YG Entertainment Enggan Masuk Campur

Menurut Dispatch, rutin harian Jennie adalah menziarahi G-Dragon di rumah penyanyi itu sebaik sahaja selesai segala aktiviti sebelum pulang ke rumahnya sendiri.

Bagi pihak pengurusan YG Entertainment pula, mereka tidak boleh mengesahkan sebarang spekulasi memandangkan perihal tersebut merupakan isu peribadi untuk artis naungan mereka.

“Kami tidak boleh mengesahkan sebarang perihal mengenai kehidupan peribadi artis kami. Kami harap anda semua faham” kata YG Entertainment dalam sebuah kenyataan

Dalam perkembangan lain, menjengah ke laman Twitter yang hangat memperkatakan mengenai hubungan dua bintang ternama ini, segelintir peminat meluahkan rasa sedih apabila melihat berita tersebut disensasikan. Bukan sahaja tidak gembira bahawa kehidupan peribadi selebriti kesayangan mereka itu diintip, malah ada juga yang mendakwa hubungan G-Dragon dan Jennie hanya seperti adik-beradik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
g-dragonG-Dragon Jennie BlackpinkJennie Blackpink
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Sailor Honeymoon
Spotlight

Sailor Honeymoon Tolak Kesempurnaan Dalam Album Debut “The Worst Of Sailor Honeymoon”

by Nurul A.
August 20, 2026

Diterbitkan oleh Luke Smith (Foals, Shura, Depeche Mode), diadun oleh Claudius Mittendorfer (Parquet Courts, Temples) dan dimaster oleh Katie Tavini,...

Read moreDetails
imzoo
Spotlight

Penyanyi imzoo Lancar Single Kolaborasi “waiting for u” Bersama will hyde

by Nurul A.
August 4, 2026

Penyanyi dan penulis lagu Korea, imzoo melancarkan kolaborasi antarabangsa pertamanya, "waiting for u" bersama penyanyi dan penulis lagu Australia, will...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara