Nama Miss Grand Myanmar 2020, Han Lay secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai apabila sebuah insiden yang tidak disengajakan telah berlaku ketika dia sedang berjalan atas lantai peragaan bagi segmen baju renang.
Tersembul Secara Tidak Sengaja
Han Lay yang ketika itu sedang memakai bikini lengkap berwarna biru telah berjalan kepada beberapa sudut peragaan sebelum secara tiba-tiba payudara nya tersembul keluar secara tidak sengaja.
Menyedari akan kejadian tersebut, ratu cantik itu ‘memasukkan’ kembali payudara nya ke dalam bikini sebelum meneruskan peragaan.
Puji Keyakinan Han Lay
Insiden yang sempat dirakam oleh kamera itu turut disiarkan secara langsung di beberapa platform media.
Rata-rata netizen memuji keberanian dan keyakinan yang ada pada Han Lay untuk meneruskan acara itu biarpun insiden tersebut secara peribadi akan memalukan dirinya. Sekadar info, Miss Grand International 2020 kini sedang berlangsung di Bangkok, Thailand dengan menampilkan perwakilan daripada hampir setiap negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, yang diwakili oleh Jasebel Robert.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.