Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya telah mencecah 40-an, namun dia masih kelihatan kekal cantik dan menawan dengan kulit yang glowing dan segar.
Untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, nampaknya Kareena Kapoor lebih suka akan bahan semulajadi dan salah satunya adalah minyak badam. Selain itu, ketika sesi temuramah bersama wartawan dari Vogue India, Kareena mengakui dia sering memakai mask yang dibuat sendiri dengan campuran minyak badam dan yogurt. Menurutnya lagi, cara ini sangat berkesan untuk melembapkan kulit wajah secara semulajadi.
“Kombinasi minyak badam dan yogurt sangat baik untuk wajah anda terutama jika anda mempunyai jenis kulit kering. Hanya sapukan ke muka dan biar selama 30 minit.” Kata Kareena Kapoor.
Ternyata rawatan yang menggunakan bahan semulajadi ini telah menjadi tradisi keluarga mereka. Kareena telah menjalani rutin kecantikan ini selama bertahun-tahun dan sangat berpuas hati dengan hasilnya. Seorang ahli dermatologi dari India iaitu Dr. Geetika Mittal Gupta, yang juga pengasas klinik kecantikan ISACC LUXE juga mengesahkan bahawa minyak badam sememangnya sangat baik untuk semua jenis kulit wajah terutama kulit kering.
“Minyak badam terkenal dengan sifat yang ringan dan hypoallergenic dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit bayi. Minyak badam juga bukan komedogenik, jadi mustahil untuk menyumbat liang pori pada kulit wajah.” Kata Dr.Geetika Mittal Gupta.
Minyak badam terkenal sebagai pelembap kerana sifat anti-radang yang sangat efektif dan sangat sesuai untuk kulit kering. Di samping itu, minyak badam juga mempunyai kandungan vitamin E yang berguna untuk mengurangkan bintik-bintik gelap di bawah lingkaran mata dan dapat menajdikan kulit kelihatan lebih cerah dan segar.
Bagaimana dengan anda wanita di luar sana, ingin mencuba petua dari Kareena Kapoor untuk penjagaan harian kulit wajah dengan cara yang lebih semulajadi?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.