Aktres Bollywood, Madhuri Dixit dan Juhi Chawla membuat pendedahan tersebut ketika hadir dalam rancangan Koffe with Karan, dan menceritakan mengapa kedua-duanya tidak berkahwin dengan hero Bollywood. Madhuri Dixit telah berkahwin dengan Dr. Shriram Nene sejak tahun 1999, manakala Juhi Chawla berkahwin dengan industrialist Jah Mehta sejak tahun 1995.
Tidak Cukup Menyukai Semua Orang Untuk Berkahwin Dengan Mereka
Kedua-dua pelakon itu mengakui bahawa mereka sudah bekerja dengan beberapa bintang Bollywood terkenal, tetapi tidak pernah berkeinginan untuk berkahwin dengan bintang tersebut. Madhuri kemudian menjawab ianya mungkin kerana dia tidak cukup untuk suka kepada pelakon-pelakon tersebut sehingga mahu berkahwin.
“Dengan Shah Rukh Khan, saya telah melakukan banyak kerjasama, dan dengan Salman. Dengan Aamir, saya hanya bekerjasama dua filem bersama. Mungkin kerana saya tidak suka sangat kepada semua pelakon-pelakon ini sampai mahu berkahwin. Suami saya adalah hero saya”-Madhuri Dixit
Tidak Dapat Bayangkan Dirinya Berkahwin Dengan Hero Bollywood
Juhi Chawla kemudian mengakui bahawa mereka semua adalah hero yang hebat, dan tidak bayangkan berkahwin dengan lelaki yang dipenuhi dengan diri mereka sendiri.
“Sebagai pelakon, anda dipenuhi dengan diri anda, dan saya tidak dapat membayangkan saya akan berkahwin dengan seseorang yang lebih banyak melihat cermin dari saya sendiri, jadi saya rasa ianya jelas.”-Juhi Chawla
Juhi Chawla telah memegang watak utama dalam beberapa buah filem seperti Lootere, Aaina, Darr, Ram Jaane, Deewana Mastana, dan Arjun Pandit. Manakala Madhuri Dixit pula tidak lama lagi akan dapat dilihat menerusi siri Netflix Finding Anamika.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.