Seorang penyanyi remaja lelaki dikatakan gemar berbogel di kawasan terbuka setelah netizen mendedahkan kegiatannya itu sering dikongsi di media sosial.
Gemar Berbogel Secara Terbuka
Menerusi kiriman pembaca Murai.my, penyanyi itu didakwa sudah sekian lama menjalankan aktiviti tersebut termasuklah di perkarangan perumahannya secara terbuka pada waktu tertentu. Difahamkan, dia hanya berbuat demikian apabila ketiadaan orang di kawasan tersebut.
‘Kantoi’ Like Gambar Sendiri
Jelas pembaca Murai.my yang mengikut akaun rasmi penyanyi itu di laman Twitter, dia berasa hairan kerana hampir semua hantarannya telah disukai oleh sebuah akaun pengguna lain yang sering kali memuatnaik gambar dan video bogel nya di laman Twitter.
Hasil pemeriksaan mendapati, akaun tersebut merupakan pemilik yang sama, iaitu penyanyi lelaki yang dimaksudkan. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, terdapat beberapa lokasi foto penyanyi itu sama seperti latar belakang kandungan foto dan video pemilik akaun tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.