Personaliti terkenal yang juga pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri menerusi ciapan di laman Twitter baru-baru ini menafikan bahawa dia mempunyai akaun Facebook.
Tidak Mempunyai Akaun Facebook
Jelas Amalina, gambar serta hantaran di Facebook tersebut adalah palsu. Menurutnya akaun tersebut dipercayai telah diwujudkan oleh seorang blogger yang dikenali sebagai ‘pentasaksi’. Malah, dia sudah melaporkan akaun palsu tersebut beberapa kali kepada Facebook namun tiada sebarang tindakan diambil.
“Untuk pengetahuan anda, saya tidak mempunyai Facebook. Akaun Facebook yang menggunakan nama dan gambar saya adalah palsu. Diwujudkan oleh seorang blogger dikenali sebagai ‘pentasaksi’”
“Saya sudah laporkan beberapa kali kepada Facebook tetapi malangnya tiada sebarang tindakan diambil” tulisnya
Netizen Bantu Padam Akaun
Bagaimanapun, tidak lama kemudian seorang pengikutnya menawarkan bantuan kepada Amalina untuk memadam akaun Facebook itu dengan memintanya memberi pautan yang berkaitan. Menerusi carian Murai.my akaun tersebut kini sudah pun dipadam hasil bantuan netizen itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat terdapat sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan atas populariti Amalina selain tidak kurang juga menyifatkan ia sebagai cubaan untuk menjatuhkan nama baiknya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.