Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

7 Fakta Filem Jurassic World 3: Dominion, Peminat Pasti Tak Sabar!

by Puteri Alia
June 18, 2021
Foto - Twitter Colin Treverrow/Myth Creants

Foto - Twitter Colin Treverrow/Myth Creants

Share on Facebook

Sebut saja filem ‘Jurassic World’ pasti sudah terbayang imej T-Rex dan haiwan dinosour gergasi yang lain, kini pencinta tegar filem trilogi haiwan purba ini bakal menyaksikan sambungan terbaru pada tahun depan dengan judul filem ‘Jurassic World 3: Dominion’.

Kali ini trilogi bagi ‘Jurassic World 3: Dominion’ bawakan aroma ‘bahaya’ yang lebih menggerunkan jiwa, berbanding filem ‘Jurassic World’ yang sebelumnya.

Dipetik dari IDN Times, berikut beberapa fakta yang harus diketahui sementara menanti kemunculan filem ‘Jurassic World 3: Dominion’.

#1 Kemunculan Babak Science Thriller?

Foto – Gadgets 360

Pengarah filem ‘Jurassic World’ Colin Trevorrow berkongsi beberapa rahsia tentang filem terbarunya itu, di mana dalam filem ‘Jurassic World 3: Dominion’ ini terdapat babak bergenre science thriller yang lebih hebat dari genre lain dan bakal membuatkan penonton tidak senang duduk.

#2 Ancaman ‘Bahaya’ Yang Lebih Sensasi

View this post on Instagram

A post shared by Jurassic World (@jurassicworld)

Dalam ini trilogi ‘Jurassic World’ yang ketiga ini Colin tidak memaklumkan kehadiran spesies dinosour baru, tetapi sebaliknya menyatakan terdapat adegan yang lebih tegang dan cabaran yang lebih ‘bahaya’ menanti manusia yang cuba hidup bersama haiwan purba.

#3 Terdapat Unsur Seperti Filem ‘Battle at Big Rock’?

Youtube video

Pengarah hebat ini juga menyatakan, terdapat babak yang menampilkan sisi lain mengenai tragedi antara dinosour dan manusia seperti dalam filem pendek ‘Battle at Big Rock’.

Nampaknya filem ‘Jurassic World 3: Dominion’ ini mengandungi banyak unsur saspens dan jalan cerita yang lebih mendalam dari filem yang sebelumnya.

#4 Menyelongkar Misteri Asal Usul T-Rex

Foto – Myth Creants

Bukan itu saja, filem trilogi ketiga ini juga akan menyingkap misteri asal usul kejadian T-Rex hal ini dikongsikan di Twitter oleh Steven Weintraub. Nampak gaya pengarah ‘Jurassic World’ ingin bawa peminat haiwan purba, dengan menyentuh lebih dalam tentang asal usul T-Rex!

#5 Bolehkah Manusia Hidup Bersama Manusia?

Youtube video

Pengarah Colin menjanjikan buah tangannya ‘Jurassic World 3: Dominion’ memaparkan konflik dan cabaran antara manusia dan dinosour, serta menyelit teori-teori sains apa yang akan berlaku jika manusia hidup bersama-sama dinosour.

Seperti dalam filem sebelumnya ‘Jurassic World: Fallen Kingdom’, yang mana akhirnya dinosour berjaya keluar dari kawasan larangan dan menginjakkan kaki ke kawasan manusia di bandar.

Dengan kehadiran filem trilogi yang ketiga ini, mungkin ia bakal menyingkap apa yang berlaku pada manusia yang mula hidup bersama dinosour.

#6 Kembalinya Tiga Bintang Legenda Jurassic World

Foto – Happy Magazine

Dimaklumkan pihak Universal Studios telah memaklumkan filem ini dibintangi pelakon legenda siri asal ‘Jurassic World’ iaitu aktor Sam Neill sebagai Dr. Alan Grant, aktres Laura Dern sebagai Dr. Ellie Sattler dan aktor Jeff Goldblum sebagai Dr. Ian Malcolm.

#7 Beraksi Bersama Dalam Cabaran Jurassic World 3: Dominion

Back. pic.twitter.com/OC9f5Z0k6H

— Colin Trevorrow (@colintrevorrow) October 23, 2020

Pengarah Colin juga dengan gembira berkongsi sebuah foto tiga pelakon legenda ini di akaun Twitternya pada tahun lepas.

Apa yang pasti filem ‘Jurassic World 3: Dominon’ ini pastinya menjanjikan pengembaraan yang lebih mengujakan dari filem yang sebelumnya dengan barisan pelakon veteran yang cukup hebat. Nantikan filem legenda ini pada 22 Jun 2022 tahun depan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
FaktafilemHollywoodJurassic WorldJurassic World 3: Dominion
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hari Merdeka
Filem

Rai Hari Merdeka Bersama Netflix, Tonton 1 Cerita Pada 1 Masa!

by Nurul A.
August 26, 2026

Istimewa untuk Hari Merdeka tahun ini, Netflix meraikan Malaysia dengan tayangan satu cerita pada satu masa.  Daripada aksi yang mendebarkan...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
Netflix
Filem

Naik Taraf Siri Anime, Netflix Persembahkan ‘Cyberpunk: Edgerunners 2’, ‘LEGO® ONE PIECE’ & Banyak Lagi!

by Nurul A.
August 23, 2026

Netflix, salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular, telah menjadi destinasi pilihan global untuk animasi, menempatkan siri aksi dewasa seperti...

Read moreDetails
The Intern
Filem

Bakal Tayang Pada September Ini, ‘The Intern’ Versi Korea Dibintangi Han Soo Hee

by Nurul A.
August 7, 2026

Selepas lama menanti, peminat filem Korea bakal melihat kolaborasi lakonan antara pelakon veteran dan aktres terkenal dalam pembikinan semula filem...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  2. 2

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara