Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Sampai Membunuh! Lihat 7 Selebriti Hollywood Yang Pernah Menyebabkan Kematian Orang Lain

by Soph Azz
June 27, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Sama ada sengaja atau tidak, kemalangan atau pembunuhan, jika difikir kembali tak mungkin selebriti akan lakukan perkara sebegitu. Jangan terkejut pula, mereka juga manusia biasa termasuklah 7 selebriti Hollywood ini.

Lebih dasyat lagi, kemalangan atau pembunuhan yang dilakukan oleh selebriti ini telah menjadi punca kematian orang lain. Cuba lihat di bawah, mana tahu selebriti ini pernah menjadi kegemaran kamu.

Laura Bush 

Dikenali sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat, isteri kepada George W.Bush, Laura Bush telah terlibat dalam kemalangan ketika mahu ke panggung wayang. Melanggar papan tanda berhenti dan kereta lain, kemalangan itu telah meragut nyawa rakan sekelasnya dan atlet sekolah menengah, Michael Douglas.

Foto – People.com

Robert Blake 

Berada dalam industri hiburan sejak kecil, aktor Robert Blake telah ditangkap atas tuduhan menjadi dalang pembunuh isteri keduanya, Bonnie Lee Bakley pada tahun 2001. Walaupun diadili dan dibebaskan pada awalnya, aktor ini telah ditangkap semula kerana mempunyai bukti yang kukuh untuk didapati bersalah.

Foto – CNN

Michael Jace

Aktor Michael Jace yang membintangi siri “The Shield“, telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana disyaki membunuh isterinya, April Jace. Michael yang mengaku tindakannya itu mengatakan kedua-dua anaknya berada di rumah semasa kejadian itu berlaku.

Foto – The Guardian

Rick Springfield

Terkenal dengan lagu “Jessie’s Girl“, penyanyi rock Rick Springfield telah membunuh orang di Vietnam pada tahun 1967. Selepas beberapa tahun berlalu, Rick kemudiannya membuat pengakuan mengenai jenayahnya pada tahun 2010.

Foto – Lifestyle Media Group

Brandy Norwood

Terkenal dengan single “I Wanna Be Down” dan “Baby“, penyanyi popular Brandy telah terlibat dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kereta di sebuah lebuh raya. Akibat daripada kemalangan tersebut, seorang wanita telah meninggal dunia.

Foto – Pinterest

Matthew Broderick 

Dalam satu kejadian kemalangan, Matthew yang memandu kereta bersama kekasihnya telah merempuh sebuah kereta lain yang dipandu oleh seorang wanita dan ibunya. Kemalangan tersebut telah meragut nyawa wanita tersebut dan ibunya. Manakala Matthew dan kekasihnya selamat dan mengalami kecederaan yang ringan.

Foto – Gold Derby

Dog The Bounty Hunter 

Duane Chapman atau lebih dikenali sebagai Dog The Bounty Hunter telah membunuh seseorang ketika berurusan dengan pengedar dadah bernama Jerry Oliver. Disebabkan oleh kesalahan membunuh, dia telah dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 1976.

Foto – Page Six
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
brandy norwooddog the bounty hunterduane chapmankemalanganlaura bushMatthew Broderickmichael jacepembunuhanrick springfieldrobert blake
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Miss Trans World
Spotlight

Miss Trans World Thailand 2019 Kembali Jadi Lelaki Setahun Selepas Raih Mahkota

by Nurul A.
October 14, 2026

Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Foto - @khiana.smith (IG) / @khianasmith (TikTok)
Spotlight

Hidap Jangkitan Otak Di Bali, Influencer Australia Hampir Berdepan Maut

by Nurul A.
November 4, 2026

Influencer kecergasan Australia, Khiana Smith didakwa sedang bergelut dengan jangkitan otak yang sangat serius ketika bercuti di Bali, Indonesia. Wanita...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara