Media sosial seperti Instagram menjadi platform di kalangan selebriti untuk berhubung dengan peminat mereka. Dari mempromosikan projek baru untuk mempromosikan filem mereka sehinggalah berkongsi foto dan video bersama peminat.
Berikut 5 selebriti Bollywood yang mempunyai ramai followers. Anda ingin tahu siapakah selebriti Bollywood yang mempunyai ramai followers? Scroll sampai habis okay!
Priyanka Chopra- 65.7 Juta Pengikut
Priyanka Chopra telah mengumpulkan peminat besar dari seluruh dunia dan ia dapat dilihat terutamanya pada media sosialnya. Beliau mempunyai pengikut seramai 65.7 juta di Instagram. Aktres ini bukan sahaja berkongsi professional updates bersama peminat di aplikasi perkongsian gambar, beliau turut berkongsi foto dan video yang menakjubkan bersama orang yang tersayang.
Shraddha Kapoor- 63.9 Juta Pengikut
Bintang Stree ini mempunyai pengikut seramai 63.9 juta di Instagram. Beliau sentiasa berkongsi momen yang comel bersama rakan ‘bulu’, Shylo, dan memuatnaik foto dan video dirinya yang menakjubkan dan mampu membuatkan peminat tidak senang duduk melihatnya sebagai “gorgeous diva”.
Neha Kakkar- 60.1 Juta Pengikut
Neha Kakkar berjaya mencipta niche untuk dirinya dalam industri muzik Hindi dan Punjabi. Beliau kira -kira mempunyai 60.1 juta pengikut di Instagram. Penyanyi Bollywood ini sentiasa berkongsi momen yang indah bersama suaminya, Rohan Preet Singh, dan lagu chartbuster beliau.
https://www.instagram.com/p/CO1qkFKDeN1/
Deepika Padukone- 57.9 Juta Pengikut
Aktres Bollywood ini sudah tidak diragui lagi sebagai aktres terkenal di Bollywood. Beliau juga tidak ketinggalan mengumpul pengikut di Instagram yang kini mencecah 57.9 juta. Selain dari photoshoot yang menakjubkan, Deepika sering berkongsi foto bersama suaminya, Ranveer Singh, dan kenangannya ketika masih kecil.
Alia Bhatt- 54.1 Juta Pengikut
Alia Bhatt telah berjaya mencapai tangga kejayaan di Bollywood dengan pilihan filem dan persembahannya yang cemerlang. Aktres ini mempunyai kira-kira 54.1 juta pengikut di Instagram. Bintang Raazi ini sentiasa berkongsi mengenai kehidupannya di rumah, filemnya yang akan datang, dan rutin kecergasan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.