Thursday, April 25, 2024

Kepandiran Apakah Yang Kalian Cuba Tonjolkan Kepada Rakyat!”- PU Syed

30
KONGSIAN

Baru-baru ini, ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka setelah mereka tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen. Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bimbang dengan kenaikan jumlah kes positif di negara ini, perhimpunan itu telah mendapat kecaman dari rakyat malaysia. Ini termasuklah pendakwah bebas dan juga juara Pencetus Ummah musim ke-3, Syed Bakri.

Dalam postingnya di Instagram, PU Syed menggesa Polis Diraja Malaysia untuk kenakan kompaun kepada yang terlibat termasuklah menteri.

“Kehadapan @pdrmsia_official, Mohon kenakan kompaun kepada semua yg terlibat dalam tunjuk perasaan yang penuh keperasanan ini.”-tulisnya

Menurut PU Syed, kerajaan perlu bersikap adil kepada rakyat, dan tidak seharusnya membiarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka. Ini memandangkan ramai rakyat telah dikompaun atas kesalahan seperti ziarah pusara, soalt sunat Aidil Adha di Masjid dan banyak lagi.

“Jika rakyat jelata, dikenakan kompaun walaupun duduk sorang diri atas kubur, solat sunat aidil adha, jualan melebihi masa ditetapkan.

Maka kepada mereka ini yang membuat dasar dalam negara, yang duduk bertempik tak kira masa dalam parlimen kerana imuniti yang ada pada mereka DI DALAM Parlimen, namun! Mereka kena sedar, di luar Parlimen imuniti tu dah takde buat mereka. Jika perlu tangkap, maka tangkap sahaja.”

PU Syed menambah, mereka harus sedar bahawa ketika  rakyat memberi mandat 22 bulan untuk memerintah negara,  figura inilah yang menganggu.

“Mereka sebenarnya mudah sangat lupa. Ketika rakyat beri mereka mandat memerintah selama 22 bulan, yang selalu kacau PM ketika itu muka-muka inilah, yang dok pakat berebut jawatan, muka-muka ini juga”

“Sudahnya. PM lepaskan jawatan dan semua menteri terlucut jawatan serentak, sekarang muka-muka ini kembali ibarat HERO kononnya untuk merebut jawatan setelah pelbagai kaedah dipatahkan oleh Kerajaan sedia ada. Kepandiran apakah yang kalian cuba tonjolkan kepada rakyat!”

“Inilah punca pelabur lari, sebab kalian tak membantu negara. Inilah punca covid akan bertambah tinggi kerana kalian menunjukkan contoh tauladan yang sangat ke laut! SOP mana SOP! #PembangkangGAGAL” tulisnya .

Sementara itu, dipetik dari Astro Awani, polis akan memanggil kesemua 107 Ahli Parlimen Pembangkang yang berhimpun di Dataran Merdeka hari ini sebagai reaksi menunjukkan bantahan kepada penangguhan Parlimen.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, polis telah mengenal pasti kesemua peserta Perhimpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim di Parlimen dan akan memanggil mereka dalam masa terdekat.
Beliau juga memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan daripada penganjur berhubung perhimpunan itu.
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI