Aktor Hollywood dan bintang filem Suicide Squad sebagai Rick Flag,Joel Kinnaman kini di bawah penyiasatan pihak berkuasa di atas tuduhan rogol di Sweden. Dipetik dari THE SUN, aktor ini mendakwa tuduhan itu datang dari seorang wanita bernama Gabriella Magnusson, yang obses dan ingin membalas dendam atas perintah penahanan.
Aktor Suicide Squad Tampil Pertahankan Diri
Menerusi Instagram, aktor ini menafikan segala dakwaan yang dibuat oleh Gabriella yang juga seorang model serta tampil mempertahankan dirinya.
Aktor ini turut memberitahu bahawa beliau telah memfailkan restraining order terhadap wanita yang telah mengancamnya “secara fizikal, keluarga, dan orang yang tersayang”.
https://www.instagram.com/p/CSPclNnA4Bv/
Aktor ini mendakwa Garbriella telah menuntut wang, Hollywood connection, pertolongan untuk mendapatkan pekerjaan Visa, laman Instagram yang verified, laman Wikipedia, dan penggambaran dengan Sports Illustrated, $400,000 USD untuk sebuah apartment serta banyak lagi.
Gabriella Bidas Dakwaan Kinnaman
Dalam perkembangan berkaitan, Gabriella tampil membidas dakwaan Joel di laman Instagram dan meminta aktor tersebut untuk berhenti obses padanya.
https://www.instagram.com/p/CSZmek8CBkX/
“Joel berhenti obses dengan saya! Bukan saya yang menghantar gambar kemaluan dan video ketika anda mempunyai seorang isteri.”-Bella Davis
https://www.instagram.com/p/CSZ9i8YLiFv/
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.