Pelakon Bollywood, Kangana Ranaut mendakwa penggodam dari China yang cuba menggodam akaun Instagram nya sebagai satu “konspirasi besar antarabangsa”.
Seseorang “Cuba Untuk Godam” Akaun Instagram Dari China
Menerusi Insta Stories, pelakon ini mendedahkan bahawa seseorang “cuba untuk menggodam” akaun Instagramnya dari China, dan kini beliau mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk.
“Malam tadi terdapat amaran dari Instagram, seseorang cuba menggodam akaun saya di China, amaran itu hilang secara tiba-tiba. Pagi ini semua stories saya mengenai Taliban telah hilang. Akaun saya tidak boleh digunakan.
Selepas menghubungi Instagram, saya dapat mengaksesnya kembali, tetapi semasa saya ingin membuat hantaran, saya ‘terkeluar tiba-tiba’ dari akaun saya berulang kali.”- tulis Kangana
Anggap Sebagai Konspirasi Besar Antarabangsa
Pelakon ini menambah bahawa beliau terpaksa menggunakan telefon bimbit adiknya untuk membuat hantaran di Instagram selain menyifatkan ia adalah konspirasi besar antarabangsa.
“saya menggunakan telefon bimbit adik saya untuk membuat hantaran ini, dia turut membuka akaun saya di telefonnya. Ini adalah konspirasi besar antarabangsa. Sukar untuk percaya.”- katanya lagi
Sekadar info, Kangana adalah pelakon Bollywood yang lantang bersuara dalam media sosial nya. Beliau pernah disenarai hitam dari Twitter kerana berulang kali melanggar Hateful Conduct Policy dan Abusive Behaviour Policy di platform berkenaan. Kangana kemudian menjadi lebih aktif di Instagram dan dapat meramalkan beliau juga bakal disenarai hitam oleh pihak Instagram pula.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.