Penyanyi Datuk Nora Ariffin baru-baru ini berkongsi pendapat mengenai suntikan vaksin memandangkan ianya menjadi topik yang hangat dalam kalangan masyarakat.
Nora Pilih Ikut Kata Ulamak
Menurut Nora, sebagai seorang Muslim dia memilih untuk mengikuti apa yang disarankan oleh ahli ulamak. Ujarnya seperti yang dimaklumkan, ahli ulamak menegaskan suntikan vaksin sebenarnya tidak haram.
“Saya ikut kata ulamak sudah bersepakat, vaksin tidak haram. Ia adalah ikhtiar kita. Bukan jaminan tak kena COVID atau mati”, jelasnya.
Selain itu, Nora menjelaskan suntikan vaksin ini hanyalah sebagai ikhtiar sahaja dan bukannya taksub terhadapnya sama ada berkesan ataupun tidak.
“Kita Kena Buka Pemikiran”- Nora
Pada masa yang sama, pelatun lagu “Hanya Satu” ini meminta orang ramai untuk celik minda mereka. Jelasnya, isu tentang mikrocip di dalam vaksin dan sebagainya tidak wujud. Malah ianya direka-reka untuk menakutkan orang lain.
“Kita kena buka pemikiran kita. Macam mana tahu ada microchip? Kalau tak vaksin? Saya lihat ramai kawan-kawan dan saudara yang anti vaksin, akhirnya masuk ICU, mintak divaksin”, kongsi Nora di Instagram.
Akui penyanyi ini, disebabkan oleh vaksin, ramai individu di luar sana yang mahu divaksin bagi melindungi dan membendung penularan COVID-19 dalam negara.
Apa-apa pun jangan lupa daftar dan ambil vaksin okay!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.