Tular di media sosial milik atlet lontar peluru negara Ziyad Zolkefli yang kini tampil dengan imej baru, foto yang dimuatnaik di Instagramnya mengundang tanda tanya orang ramai mengenai kepala botaknya itu.
Botakkan Kepala Bukan Sebab Bernazar
Rata-rata ramai yang bertanya tindakan Ziyad membotakkan kepalanya disebabkan bernazar, menjawab persoalan yang diajukan oleh orang ramai atlet lontar peluru negara itu menafikannya dan mengatakan ianya tiada kaitan dengan bernazar.
Sebaliknya ia disebabkan cabaran yang setkan oleh jurulatihnya sendiri, Ziyad mengatakan jika dirinya berjaya membuat balingan mencecah 17.70 Ziyad bersama jurulatihnya akan membotakkan kepala kerana berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
“2 minggu sebelum pergi Tokyo Paralimpik, semasa latihan, jurulatih saya ada cadangkan sekiranya saya dapat baling lepas 17.70 dia (jurulatih) dan saya akan botak ini bukan bernazar ini macam cabaran sahaja.
Alhamdulillah, saya dapat melebihi sasaran yang kami sasarkan. Biarpun tiada rezeki untuk di bawa pulang tetapi, apa yang kami sasarkan tercapai dan juga lebih jauh dari kami sasarkan…”
Ziyad juga menyatakan hasrat dan azam barunya untuk melakukan lebih baik bagi pertandingan akan datang dan tidak akan berputus asa.
“Tahun depan akan lebih banyak lagi pertandingan yang akan ada… insyaAllah, saya tak akan putus asa dan terus bersemangat.
Azam baru, semangat baru”
Semoga Ziyad terus bersemangat dan dapat pecah rekod dunia dalam pertandingan akan datang!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.