Sedar akan pengaruh besar yang diberikan oleh selebriti dan pensohor media sosial, syarikat produk bahan kisar kasar masakan, Anggun Lufya Empire Sdn Bhd menerusi produk mereka Kitchen Saver sanggup mengambil risiko untuk mendapatkan khidmat mereka dalam memberi ulasan di platform masing-masing.
Yakin Dengan Selebriti & Pensohor Media Sosial
Menurut pengarah nya, Nur Harfiza Hashim,33 dia sedia maklum rata-rata daripada mereka memberikan ulasan yang jujur pada pengikut masing-masing, justeru itu dia yakin akan kemampuan Kitchen Saver mampu membantu orang ramai dalam memudahkan lagi urusan memasak di dapur.
Jelasnya lagi, Kitchen Saver juga sering mengikuti selebriti dan mereka yang terkenal di media sosial yang gemar memasak sekaligus memilih mereka untuk memberikan ulasan.
“Saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan khidmat mereka yang popular terutamanya selebriti.
“Saya fikir ini adalah peluang saya untuk memperkenalkan lagi Kitchen Saver kepada orang ramai dan membantu ejen-ejen meluaskan lagi pasaran mereka” kata Harfiza
Sebagai permulaan,baru-baru ini Kitchen Saver berbesar hati apabila pelakon popular, Zara Zya sudi membuat ulasan menggunakan produk mereka.
“Tekstur dia seakan tumbuk masih ada tekstur-tekstur kasar berbeza dengan pasaran luar. Jadi lepas ini memang mudah untuk memasak” ujar Zara di dalam video ulasannya
Teruja dengan ulasan yang diberikan secara kreatif, usahawan ini turut berasa terharu apabila mereka memberikan maklum balas yang positif terutamanya memudahkan tugasan memasak di dapur.
“Setelah saya teliti, bahan-bahan kisar yang mereka gunakan memang asli tidak bercampur dengan terlalu banyak sehingga boleh menjadi cair. Kepada mereka yang malas atau tidak berkesempatan untuk memotong bawang dan sebagainya, saya cadangkan untuk dapatkan produk Kitchen Saver” kongsi Ashry pula yang terkenal di laman Instagram dalam bidang memasak
Untuk rekod, produk Kitchen Saver yang mempunyai sembilan bahan kisar kasar mula di pasaran sejak April 2020 dan mempunyai ejen di seluruh Semenanjung Malaysia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.