Isu pendapatan peminta sedekah lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan tular di media sosial, malah pengacara Iesya Toh juga beri perhatian terhadap isu tersebut dan berkongsi sedikit informasi di akaun Instagram nya.
Rakyat Pemurah Senangkan Kerja Peminta Sedekah Menipu
Menerusi perkongsian Iesya di media sosialnya, antara salah satu sebab mengapa ramai peminta sedekah mampu menjangkau jumlah pendapatan sedemikian adalah kerana faktor sifat pemurah rakyat Malaysia itu sendiri.
Tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia lembut hati terhadap golongan susah, dan dari situ peminta sedekah mengambil kesempatan atas ehsan rakyat kepada mereka dengan menipu masyarakat meminta wang sedekah di jalanan.
“KERJA MENIPU ORANG MEMANG SENANG √
TAMBAH LAGI RAKYAT KITA YANG PEMURAH… SERBA SERBI PE’MURAH’
Dari golongan profesional sampai ke acik pencen, semua ‘pemurah’ dengan scammer.” Tulisnya
Netizen Terkejut Dan Tak Sangka ‘Gaji’ Peminta Sedekah Tinggi
Melihat muat naik pengacara terkenal tersebut, ramai warganet memberi komen dan pandangan masing-masing mengenai hal berkenaan diruangan posting Instagram Iesya.
“Pergh”
“Wow kalah gaji”
“Wow hebat ye tinggi gaji”
“Dengan ‘scammer’ pemurah.. Derma kilat ‘staff office’ sendiri liat. Siap minta duit baki”
“Lepas ni dia boleh tukar kerja lah… Nak harap kan kerja kilang perabot ni pun dah nazak..”
“Nak kena minta sedekah juga lah nampak gaya ni” komen mereka
Apa pandangan anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.