Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Rezeki Tak Salah Alamat’- Ayda Jebat Teruja Miliki Rumah Baru

Berkat usaha keras bersama suami, akhirnya berjaya miliki rumah idaman sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan

by Puteri Alia
January 28, 2022
Foto - Instagram @aydajebat

Foto - Instagram @aydajebat

Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi berita gembira dengan memuatnaik foto kediaman mewah di akaun Instagram nya. Perkongsian selebriti serba versatil ini menarik perhatian orang ramai termasuklah rakan selebriti tanah air yang lain.

Miliki Rumah Mewah Sebagai Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

Menerusi muat naik Ayda di media sosial, ibu beranak satu ini meluahkan rasa gembira berjaya miliki rumah baru hasil titik peluh dan kerja keras bersama suami tercinta.

Kapsyen yang ditulis oleh isteri kepada pengacara kacak, Nabil Mahir ini mengucapkan rasa syukur dan bangga kerana akhirnya berjaya memiliki kediaman idaman mereka sendiri berkat hasil usaha bersama.

Foto – Instagram @aydajebat

“Hadiah ulang tahun sampai lambat, tapi rezeki tak salah alamat. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Semua kerja keras, pengorbanan kita, tak tidur malam dan kesusahan, jatuh bangun, semuanya terbayar.

Kerja siang malam ke pagi sampai tak mampu nak buka mata dah, tapi muka tetap senyum depan kamera. Yang tahu je tahu haha!

Tahniah kepada awak @nabilmahir dan saya! Rezeki ‘baby’ juga, Sekarang jom sibukkan diri dengan rumah baru kita wuvv!” Tulisnya

Rakan Artis Dan Peminat Titip Ucapan Tahniah

Menerusi perkongsian Ayda di media sosialnya, ramai rakan artis seperti Sheila Rusly, Afifah Nasir, Catriona Ross, Mawar Rashid serta peminat membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan titipan ucapan tahniah kepada Ayda dan Nabil.

Topik Berkaitan [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Gelagat Anak Kedua Berak Dalam 'Pool', Reaksi Nabil Mahir Pula Buat Netizen Terhibur!
Foto – Instagram @aydajebat

“Tahniah adikkkk!!!” @sheilarusly_jspictures

“Alhamdulillah, tahniah cantik” @afifahnasir93

“Tahniah adik dan @nabilmahir !! Sangat gembira untuk kamu berdua” @catrionabrianross

“Masyaa’Allah Alhamdulillah” @mawarashid

Foto – Instagram @aydajebat

“Tahniah @aydajebat dan @nabilmahir”

“Bukan saja gembira di depan kamera tapi depan kita juga. Tahniah adik”

“Alhamdulillah. Tahniah buat adik @aydajebat dan suami @nabilmahir”

“Wah alhamdulillah, sangat bangga dengan kamu berdua” komen peminat

Untuk rekod Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumahtangga pada 1 Januari 2021, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia empat bulan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ayda jebatnabil mahir
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara