Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar memuatnaik tangkap layar tajuk artikel dari media tempatan popular di Instagram nya hari ini mendapat perhatian ramai.
Tak Beretika Dan Menjejaskan Reputasi
Menurut Fizo, penulisan artikel yang membabitkan isu berita kehamilan isterinya yang dikeluarkan oleh media terkenal itu dilihat sangat tidak beretika.
Malah pelakon ini juga mengatakan disebabkan berita tersebut, seolah-olah mengundang kutukan dan pelbagai reaksi negatif masyarakt terhadap keluarganya dan sekaligus menyebabkan reputasi pelakon ini terjejas sama.
“Demi mengejar rating, sampai mengetepikan etika dan tidak menghormati orang lain. Saya percaya sesiapa sahaja yang menonton video kejutan isteri kepada saya yang memaklumkan bahawasanya dia sudah hamil akan faham apa yang saya maksudkan.
Saya amat terkilan dengan artikel dari pihak @hmetromy yang ‘highlight’ kan ‘made in Janda Baik’ ini seolah-olah mengundang kutukan dari pihak netizan terhadap saya dan keluarga.
Akibat daripada artikel tersebut telah pun menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan kotor dari pelbagai pihak dan ini boleh menjejaskan reputasi saya.” Tulisnya
Hargai Penulisan Yang Baik Dan Doa
Dalam pada itu, Fizo juga mengatakan dirinya sangat menghargai cara penulisan yang baik dan disertai dengan doa atas berita gembira kehamilan isterinya. Pelakon ini juga memohon maaf atas muat naiknya ini kerana sekadar berkongsi pandangan dan luahan.
“Saya lebih menghargai penulisan yang baik dari pihak @hmetromy dan diiringi doa yang baik diatas berita gembira ini.
Saya memohon maaf sekiranya penulisan saya ini mengguris hati mana-mana pihak. Hanyalah sekadar pandangan dan luahan hati saya.” Luahnya
Untuk rekod, Fizo mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan hatinya, Fazeera Nazri pada bulan Oktober tahun lalu dan pasangan sejoli ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.