Personaliti radio terkenal, Kudsia Kahar mendedahkan terdapat pengarah syarikat media yang ingin menjual posisi carta lagu sebuah stesen radio kepada artis tempatan. Difahamkan, artis yang membeli banyak iklan boleh berada di kedudukan carta muzik yang teratas.
Industri Muzik Bakal ‘Lingkup’
Menerusi bebenang ciapan di laman Twitter miliknya, Kudsia yang juga bekas Presiden Radio Komersial Malaysia (CRM) menyifatkan industri muzik bakal lingkup sekiranya isu tersebut masih berlaku.
“Pernah diberitahu ada yang tamak tu selamba je mintak phone, tablet or new kicks etc sebelum lagu baru boleh disiarkan. Kalau masih berlaku, lingkuplah industri muzik kita.
This is now a 40-year problem. Tidak seteruk dulu, tapi masih ada insan korup macam ni.”-Dedah Kudsia
Artis Dapat Bayaran ‘Ciput’ Kerana Kos Pemasaran Tinggi
Tambah Kudsia, isu itu mula didedahkan pada awal tahun 90-an kerana syarikat label tidak mampu untuk pay-for play (PAYOLA). Dikhabarkan atis turut mendapat bayaran yang sedikit disebabkan kos pemasaran yang tinggi.
“Apabila ia didedahkan pada awal tahun 90-an, ia adalah kerana label di sini tidak mampu untuk pay-for-play (PAYOLA) LAGI. Kos pemasaran yang melambung naik, artis dapat ceciput je. Saya pernah diberitahu oleh wakil label , anak pengurus nak kahwin pun depa kena bagi set sofa”- katanya
Titip Pesanan Pihak Terlibat Bantu Artis Kembali Bangkit
Dalam pada itu, Kudsia turut menitipkan pesanan buat pihak terlibat untuk membantu artis kembali aktif dan meminta orang ramai untuk tidak memuatnaik muzik artis secara tidak sah.
“One last tweet to this thread-jumlah yang bermoral, beretika tu, lagi banyak daripada yang nak sogokan. Jangan anggap semua korup. Tapi akibat nila setitik.
Anyway, bantu artis kita bangkit kembali. Beli, Jangan muatnaik secara tidak sah muzik mereka.”-pesannya
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.