Penyanyi, Datuk Nora Ariffin tampil bersuara selepas pelbagai isu panas yang melibatkan segelintir golongan selebriti kini sedang hangat dibincangkan netizen di media sosial.
Kenang Zaman Selebriti Terdahulu
Menerusi Insta Stories, Nora menceritakan bahawa selebriti pada zaman dahulu sangat takut untuk terlibat dengan perihal yang negatif kerana ia boleh menjejaskan pendapatan mereka.
“Artis dulu-dulu, takut untuk terlibat dengan isu-isu negatif sebab takut kena bann, tak boleh cari makan, terjejas income.”- dedah Nora
Anggap Zaman Kini Sudah Berubah
Walaubagaimanapun, Nora akui zaman sekarang sudah berbeza kerana setiap isu panas yang tular kini dianggap sebagai publisiti dan pemasaran percuma buat sesetengah pihak .
“Tapi sekarang dah lain. Isu-isu panas & viral dianggap publisiti, promosi & free marketing”- katanya
Terdahulu, nama Nora menjadi perhatian selepas difitnah memaksa suaminya menceraikan isteri pertama. Untuk info, Nora telah selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi iaitu Dr Rushdi Ramli dalam sebuah majlis tertutup pada Disember 2021.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.