Pelakon, Anzalna Nasir menitipkan rasa syukur selepas mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada seorang warga Indonesia selepas mengaku salah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun di bawah jagaannya tahun lalu.
“Alhamdulillah Dah Kena Tangkap!” – Anzalna
Menerusi Insta Stories, Anzalna menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk tidak takut membuat laporan polis apabila berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak.
“Alhamdulillah dah kena tangkap! Lepas ni kalau nampak depan mata berlakunya penderaan terhadap anak kecil jangan takut untuk buat laporan polis!”- tulis Anzalna
Individu Sebegitu Seharusnya Masuk Penjara
Tambah Anzalna, dia turut berasa berang kerana menyifatkan individu seperti itu seharusnya tidak diberikan peluang dan harus dimasukkan ke dalam penjara.
“Orang macam ni memang patut kena sumbat dalam penjara, jangan bagi peluang.”- katanya
Memetik laporan dari Harian Metro, baru-baru ini seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengakui salah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun di bawah jagaannya tahun lalu.
Tertuduh juga akan dihantar pulang ke negara asal selepas menjalani hukuman itu kerana turut melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.