Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Mana Ada Senang Mai Dalam Hidup Ni”- Konsisten & Disiplin Rahsia Nourul Depp Berjaya Kekal Bentuk Badan

Nourul akui bukan mudah nak dapatkan saiz idaman namun dengan konsistensi serta disiplin impian boleh dikecapi

by Puteri Alia
June 8, 2022
via Instagram Nourul Depp

via Instagram Nourul Depp

344
KONGSIAN
Share on Facebook

Berhijrah di Bali, Indonesia bersama keluarga tercinta dan menjalani kehidupan yang bahagia tidak membuatkan Nourul Depp berhenti menjaga kesihatan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Konsisten Dan Disiplin Kunci Asas

Pemilik nama sebenar Noorul Huda Abdul Wahab, 44, kekal kelihatan awet muda, cergas malah bentuk badannya juga seperti di zaman usia 20an dahulu.

Menjengah ke media sosial Nourul, penyanyi ini memuatnaik video senaman lama sambil menitipkan coretan ringkas tentang usahanya untuk dapatkan bentuk badan yang dingini.

Menurut Nourul, bukan mudah untuk mendapatkan bentuk tubuh yang dimiliki sekarang ini dan semuanya memerlukan disiplin dan juga konsistensi dalam melakukan senaman.

“Kuat! Anda kena buat!! Itu saja pilihan yang anda ada!!!

Susah? Mana ada senang mai dalam hidup ni. Semua kena usaha. Kena konsisten bila dah ada komitmen. Disiplin diri adalah sayangi diri.

Semoga anda dapat saiz yang anda mahukan.” Coretnya

via Instagram Nourul Depp

Melihat luahan yang dikongsikan di dalam video lama pula, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mendedah dia akui pernah berasa sedih dan rendah diri.

Namun Nourul berjaya bangkit dan kekal konsisten melakukan senaman serta mengamalkan gaya hidup sihat. Penyanyi ini juga mendedahkan, apa yang dilakukannya adalah demi diri sendiri dan bukan atas faktor lain.

Netizen Kagum

Melihat muat naik selebriti tersebut, ramai warganet yang mengagumi kesungguhan Nourul demi mendapatkan bentuk badan yang diingini.

“Syabas pejuang”

“Wah.. Nak cuba buat lah.. Anda inspirasi saya”

“Ya.. Kita lawan untuk kepuasan diri sendiri. Jom lakukan ini bersama” komen mereka

via Instagram Nourul Depp

“Wow cantiknya.. Dari dulu memang suka tengok anda”

“Saya bangga dengan anda”

“Kak Nurul… Berapa bulan selepas cesarean akak mula buat begini?” komen mereka lagi

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Bukan senang nak senang kan? Kalau nak badan sihat dan langsing, kenalah rajin bersenam serta jaga pemakanan macam penyanyi ini lakukan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Nourul Depp
https://lomp.at/vdflv
Share138Tweet86SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem