Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Faz Sangat Hargai Sokongan Dan Doa”- Fazura Terima Anugerah?

Fazura mengucapkan terima kasih pada keluarga, rakan perniagaan dan peminat atas sokongan dan doa

by Puteri Alia
July 19, 2022
via Instagram Fazura

via Instagram Fazura

Share on Facebook

Aktres jelita Nur Fazura berkongsi berita gembira di Instagram-nya di mana usahawan selebriti ini, menerima anugerah dan pengiktirafan sebagai Selebriti Paling Cemerlang tahunan Malaysia bagi kategori wanita dalam majlis Anugerah Jenama Selebriti Cemerlang Dunia ke-3.

Bersyukur Dan Berterima Kasih

Murai MY menjengah ke media sosial milik pelakon, penyanyi dan usahawan berjaya ini dan mendapati, Fazura memuatnaik beberapa foto di majlis berprestij tersebut sambil menitipkan ucapan tulus ikhlasnya menerusi coretan yang ditulisnya.

“Faz bersyukur dan mengucapkan terima kasih diatas pengiktirafan sebagai Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity of the Year (Female) di 3rd World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards pada hari sabtu lepas.

Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini.” Tulisnya

Selain mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta dan anak kesayangannya Fatima, Fazura juga menitipkan ucapan terima kasih kepada mentor yang juga rakan perniagaannya, Ahmad Faiz yang sangat berdedikasi dan banyak memberi semangat kepadanya.

“Faz juga disini ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada abang Faz, Ahmad Faiz yang merupakan mentor dan rakan perniagaan Faz sejak sedekad yang lalu. Banyak yang telah kami lalui bersama.” Tulisnya lagi

via Instagram Fazura

Fazura juga tidak lupa menitipkan ucapan rasa terima kasihnya kepada pengurusnya Iman Tang, pasukannya, para peminat, rakan-rakan dan juga pembeli setia produknya sehingga berjaya menempatkan usahawan selebriti ini mendapat pengiktirafan sebegitu.

“Terima kasih juga kepada Team FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan #MilikSemua. Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all.

Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk FAZURA. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua. Sekali lagi, terima kasih semua dan terus doakan kejayaan kita bersama. Mudah-mudahan. Amin.” Coretnya

Melihat gambar-gambar yang dikongsikan Fazura di Instagram-nya, usahawan jelita ini juga bergambar bersama pengurusnya Iman Tang dan Datuk Aznil Haji Nawawi yang turut mendapat anugerah tersebut.

Topik Berkaitan Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- "Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula"
via Instagram Fazura

Fattah Amin, Rakan Artis Dan Peminat Titip Ucapan

Melihat perkongsian Fazura di media sosial, suaminya Fattah Amin menitipkan ucapan penuh makna kepadanya. Malah ramai rakan-rakan artis dan para peminat Fazura turut sama membanjiri ruangan komen dengan menitipkan ucapan tahniah.

“You deserved it Mommy. Mommy kerja kuat” – @fattahaminz

“Tahniah” – @sallywho

“Tahniah” – @mfmirafilzah

“Tahniah kak Faz” – @puteriaishahofficial

“Tahniah, Faz!!” – @uyainaarshad

via Instagram Fazura

“Tahniah @missfazura sangat bangga dengan anda”

“Alhamdulillah. Tahniah @missfazura”

“Tahniah Faz!! Memang layak. Alhamdulillah”

“Tahniah sis @missfazura”

“Alhamdulillah! Tahniah kak Faz sayang” komen peminat

Murai MY juga ingin mengucapkan tahniah kepada Fazura atas pengiktirafan dan anugerah yang diterima, syabas!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fazura
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Jep Sepahtu
Lokal

Sikap Jep Sepahtu Raih Pujian Menteri Agama- “Tindakan Berani Tangkis Fitnah”

by Nurul A.
October 13, 2026

Nampaknya nama pelawak Jep Sepahtu, atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin, sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas tampil berkongsi...

Read moreDetails
Foto - @khiana.smith (IG) / @khianasmith (TikTok)
Spotlight

Hidap Jangkitan Otak Di Bali, Influencer Australia Hampir Berdepan Maut

by Nurul A.
November 4, 2026

Influencer kecergasan Australia, Khiana Smith didakwa sedang bergelut dengan jangkitan otak yang sangat serius ketika bercuti di Bali, Indonesia. Wanita...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Dadali, Repvblik, Armada & Samsons Wajib Tahu 3 Kejutan Konsert D.R.A.S. Ini

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Ada lagu yang cukup dengan mendengar intro sahaja, kita sudah teringat seseorang. Lebih-lebih lagi lagu patah hati yang pernah menjadi...

Read moreDetails
Brooklyn Beckham
Spotlight

Bukan Dipuji, Malah Dikritik! Ini Sebabnya Netizen ‘Hentam’ Masakan Brooklyn Beckham

by Nurul A.
October 15, 2026

Anak sulung David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham, sekali lagi menjadi sasaran warganet selepas berkongsi masakannya di media sosial....

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara