Chef dan salah seorang juri rancangan masakan MasterChef Malaysia, Chef Adu Amran dilihat membalas komen seorang netizen pada salah satu video masakannya yang dikongsi di Instagram.
Beri Komen Biadab
Menerusi hantaran di Instagram, Chef Adu Amran memuatnaik tangkap layar komen netizen yang yang menggelarnya sebagai “mulut ayam” selepas menerusi video masakannya iaitu Dim Sum Kaki Ayam Chinese Style.
“Patut laa mulut macam kaki ayam.”-Komen netizen
Chef Adu Amran Beri respon
Tidak berdiam diri, Chef Adu Amran kemudian membalas komen dan mendedahkan wajah netizen itu, serta menyifatkan sebagai satu tindakan yang biadab.
“Takpa, biadab you lagi macam bontot ayam.”-Balas Chef Adu Amran
https://www.instagram.com/p/ChUlwk7IeZK/
Dikritik Netizen
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan netizen wanita itu dan berpendapat dia hanya mahukan publisiti murahan.
“Dirty marketing dia tu chef. Lepas chef viral , percayalah nanti dia akan bertambah followers dia. Saya rasa ada business tuu. So, dia tumpang cari jalannn.”
“Sian kat Chef, takde dosa ape pun kena. Sabar Chef ye. Semoga chef dimurahkan rezeki Chef aaminn.”
“Ni betul-betul punya mulut kerang busuk. Minta kena maki jemaah ni.”
“Ya Rabbi. Ada jugak orang macam ni. Punya la takde adab. Macam cantik sangat jer 🙄. Keep on inspiring Chef @chefaduamran! Let the haters burnn.”
Kongsi video masakan pun masih mendapat komen negatif oleh segelintir netizen.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.