Datin Noor Kartini Mohamed atau lebih dikenali sebagai Noor Kartini merupakan ibu kepada selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa. Dia juga merupakan pengasas kepada produk Young&Glow Foundation.
Ibu Neelofa merupakan salah seorang tetamu jemputan ke rancangan ‘Next To Neelofa” musim kedua. Dalam rancangan tersebut, dia telah membongkarkan perkara yang berlaku antara Neelofa dan Haris.
“Suka Dekat Haris”
Semasa sesi perkongsian dalam rancangan tersebut, Kartini telah menceritakan perkara sebenar yang berlaku semasa sesi pembelajaran. Katanya, kakak Neelofa iaitu Nabila telah mengadu kepadanya dan mengatakan bahawa Neelofa suka kepada Haris.
Nabila mari kat mama, dia kata Fa tu suka kat Haris. – cerita ibu neelofa kepadanya
Kartini mengatakan, sewaktu sesi pembelajaran tersebut, Haris memerlukan pen dan Neelofa sanggup naik ke tingkat tiga semata-mata untuk mengambil pen buat haris.
Sebab masa tu tengah belajar, jadi Haris nak pen. Neelofa tu sanggup naik ke tingkat tiga , ambil pen.- katanya
Sekadar info, pada tanggal 27 Mac 2021, Neelofa selamat menjadi isteri kepada PU Riz selepas dinikahkan oleh adik lelaki Neelofa dan kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Muhammad Bilal.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.