Kecoh di media sosial berkenaan dengan pengakutan awam yang dikatakan terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk urusan penyelenggaran. Penyataan yang dikeluarkan telah mencetus buat para pengguna pengangkutan awam tersebut.
LRT Rosak?
Mengikut penyataan yang dikeluarkan oleh pihak Rapid KL, dikatakan Laluan LRT Kelana Jaya iaitu Stesen LRT Kelana Jaya sehingga Stesen LRT Ampang Park telah ditutup untuk memberi laluan penyelenggaran. Pihak tersebut meminta pengguna untuk menggunakan ‘bas percuma’ yang telah disediakan atau mengambil mod pengangkutan lain sebagai altenatif. Mereka turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Kemaskini Laluan LRT Kelana Jaya: Stesen LRT Kelana Jaya sehingga Stesen LRT Ampang Park kini telah DITUTUP kepada pengguna. Penumpang diminta menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma atau mengambil mod pengangkutan alternatif lain. Mohon maaf atas kesulitan.
Cetus Kemarahan Pengguna
@alisyalee Can we get enough of this thing despite of election what so ever 😫.. Pay the salary to this KERJA2 PENYELENGGARAAN yg dr zmn bljr membawa ke kerja ROSAK je #LRT #RapidKL #LRTrosak #publictransport #Bas #grab #airasiaride
Menerusi video tersebut, bas yang disediakan tidak berhenti kerana bas telah penuh dengan penumpang. Walaupun pihak berkenaan telah memberi altenatif dengan menyediakan ‘bas percuma’, ianya sama sekali tidak mampu menampung semua pengguna dan jumlah bas yang disediakan tidak mencukupi sehingga mereka terpaksa menunggu bas dalam masa yang lama.
LRT tutup, Bas taknak Berenti, Grab Full- Keluh pengguna
Tertarik dengan komen yang mengatakan mereka menggunakan altenatif lain seperti grab, maxim dan sebagainya yang menawarkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencetus kemarahan mereka.
Semalam dari jam 5 tunggu grab ,jam 9 baru gerak . dahla harga cekik darah dari TMCC ke sungai besi RM50 . mampus hari-hari macamni
boleh jadi tak makan sebab nak save duit untuk grab nokk
nangis weh penat, hujan pastu bas takde, payung pun rosak, order grab takde.
Sekadar info, stesen LRT Kelana Jaya sehingga Lrt Ampang Park akan ditutup bermula 9 – 15 Nov 2022. Murai My berharap orang ramai bersabar dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapikan bagi mengelak penularan COVID19.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.