Penyanyi berbakat, Shiha Zikir merupakan salah seorang artis yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir Semi Final Muzik Muzik ke-37 (SFMM37) menerusi lagunya, Irama.
Bersyukur & Gembira
Menurut Shiha, dia amat bersyukur dan gembira tambahan lagi lagu tersebut disifatkan mempunyai keunikan tersendiri.
“Setiap kali saya buat sesuatu dalam industri hiburan, saya suka apabila orang nampak. Saya mewakili orang-orang yang di belakang tabir rasa sangat bersyukur dan gembira ada rezeki ke semi final nanti.
“Team saya, setiap seorang daripada mereka suka buat sesuatu lain daripada yang lain, mereka suka bagi saya cabaran. Lagu Irama ini sangat ‘fun’ dan ‘catchy’ berbanding AEWO sebelum ini yang agak ‘dark’ sedikit,” katanya kepada Murai MY.
Shiha ditemui di majlis pengumuman 30 lagu yang layak ke SFMM37, di PJPAC baru-baru ini.
Teruja
Mengulas tentang saingan yang sengit bersama penyanyi lain, Shiha akui teruja dan pastinya akan berusaha sebaik mungkin.
“Setiap kali masuk semi final, saya akan tertanya-tanya siapa lagi penyanyi lain yang turut mara. Bila dah lihat semua yang masuk, saya rasa sangat teruja.
“Setiap kali saya lakukan sesuatu, saya akan lakukan yang terbaik. Saya percaya komposer lagu Irama ini dah letakkan sesuatu yang ada kelainan tersendiri, kita nantikan nanti macam mana,” katanya lagi.
Selain Shiha, antara penyanyi lain yang bakal merebut tempat ke pentas SFMM37 adalah Aina Abdul, Liza Hanim, Joe Flizzow, Sona One, Ernie Zakri dan ramai lagi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.