Wednesday, February 1, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tahniah! Michelle Yeoh Diiktiraf Ikon Tahun 2022 Majalah Time

by Mas Ayu
December 7, 2022
via Instagram Time/Michelle Yeoh

via Instagram Time/Michelle Yeoh

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Bintang filem Crazy Rich Asians, Avatar 2, Memoirs Of Geisha, Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon iaitu Tan Sri Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Ikon Tahun 2022 majalah Time bagi mengiktiraf pencapaian serta kerja keras beliau dalam dunia perfileman sepanjang bergelar pelakon.

Ikon Time 2022

Pengumuman istimewa itu diumum Time menerusi muatnaik di Instagram, hantaran berkenaan mendapat lebih 72k tanda suka dan 700k lebih komen membanjiri dengan titipan serta ucapan tahniah kepada Michelle atas pengiktirafan yang diberikan oleh majalah antarabangsa terkemuka itu.

“Michelle Yeoh (@michelleyeoh_official) ialah Ikon Tahun 2022 Time.

Yeoh telah menjadi bintang utama di Asia berdekad – Dia merupakan kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong, berpuluh filem yang berkualiti dan memperoleh reputasi kerana melakukan aksi lagak ngeri.

Dan dia menempa nama di Hollywood pada tahun 1997 dalam filem James Bond ‘Tomorrow Never Dies’ dan diikuti dengan kejayaan membawa watak dalam filem seterusnya seperti ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’, Crazy Rich Asians, dan ‘Shang-Chi and the Legend of Ten Rings’

Tetapi, sehingga hit indie tahun ini ‘Everything Everywhere All at Once’ – Di mana Yeoh memegang watak sebagai isteri dan ibu yang perlu menggalas beban menyelamatkan dunia.” Tulis Time

via Instagram Time/Michelle Yeoh

Melihat pengumuman dari majalah terkemuka berkenaan, Michelle memberi respon balas dengan menitipkan ucapan terima kasih dan mengatakan diri beliau sangat dirahmati.

“Saya dirahmati. Terima kasih @time” Coret Michelle

Untuk makluman menerusi buah tangan terkini Michelle dalam filem indie ‘Everything Everywhere All at Once’ yang membawa watak utama, ia membuka pintu untuk aktres kelahiran Ipoh ini tersenarai sebagai pelakon nombor satu Hollywood dan mungkin bakal memenangi trofi Oscar.

Bukan itu saja, filem yang diterajui Michelle berjaya pecah panggung dengan kutipan ‘box office’ sebanyak 103.3 juta USD atau lebih kurang RM455.139 juta.

Michelle yang kini berusia 60 tahun masih kekal relevan di layar perak dan merupakan selebriti kelahiran Malaysia yang banyak memberi inspirasi kepada komuniti Asia dan juga generasi muda masa kini.

Murai MY mengucapkan tahniah pada Tan Sri Michelle Yeoh atas pengiktirafan dari majalah terkemuka dunia Time dan mendoakan agar beliau kejayaan beliau dalam industri perfileman dunia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: filemHollywoodIkon Tahun 2022Michelle YeohTan Sri Michelle YeohTime
Share5Tweet3SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?
Selebriti

Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?
Selebriti

Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Meer Nash Menari Di Jalan Raya Tapi Diva AA Jadi Fokus Netizen?
Selebriti

Meer Nash Menari Di Jalan Raya Tapi Diva AA Jadi Fokus Netizen?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Nyanyian Aina Abdul Masa Remaja Jadi Tumpuan Netizen – “Dia Kerja Keras Nak Jadi Diri Dia Hari Ni”
Selebriti

Nyanyian Aina Abdul Masa Remaja Jadi Tumpuan Netizen – “Dia Kerja Keras Nak Jadi Diri Dia Hari Ni”

by Mas Ayu
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  3. 3

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  4. 4

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  5. 5

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan