Shaheizy Sam Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Shaheizy Sam merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang menempa nama sebagai pelakon remaja pada era 1990-an. Dia membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan pada 1995 menerusi filem Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi.
Semalam, isterinya Syatilla Melvin telah memuatnaik satu video Sam di laman sosial tiktoknya @samtilla82. Video tersebut telah menarik perhatian orang ramai apabila melihat gelagat Sam didalam video tersebut.
“Pantang Jumpa Mic Dia Ni”
@samtilla82 Kita takkan terpisah insyaallah🤍
Dalam video yang dikongsi oleh Syatilla, terlihat Sam yang sempoi berpakaian t-shirt jingga menyanyi di Aeon bersama kumpulan buskers yang sedang membuat busking di kawasan itu. Menurut Syatilla, Sam ini paling pantang jumpa microfon pasti nak menyanyi walaupun dalam Aeon sekalipun.
pantang jumpa mic dia ni
“Sam Nak Masuk GV Tak next year?”
Menjengah keruangan komen video tersebut, ramai yang terkesima dengan kemerduan suara Sam menyanyi sehingga ada yang menyarankannya untuk masuk ke pertandingan nyanyian Gegar Vaganza untuk sesi tahun depan. Bukan itu sahaja, netizen turut memuji sikap Sam yang rendah diri dn tidak sombong walaupun dirinya merupakan orang ternama.
Sedap juga suara mat denan sempit ni🤣🤣🤣🤣
Bagus laa… mesra walaupun ada nama.. makin ramai org suka cara sam nanti
sam nak masuk gv tak next year?
Sekadar info, pada 8 Februari 2016, dengan sekali lafaz akad nikahnya, Sam telah menjadi suami yang sah kepada pelakon dan juga sudah 6 tahun bercinta, Syatilla Melvin atau nama penuhnya, Siti Nur Syatilla Binti Amirol Melvin dengan mas kahwinya RM10,082 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.