Deepika Padukone mencipta sejarah menjadi artis Bollywood pertama yang menjadi pembawa Trofi FIFA di Piala Wolrd FIFA 2022. Pelakon itu diiringin bersama pemain bola sepak lagenda Sepanyol, Iker Casillas pada majlis pelancaran tersebut
Namun, tunjauan Murai.MY melihat, rata-rata peminatnya berang dengan jenama pakaian yang diperagakan. Pelakon itu dilihat memakai baju putih dan mantel coklat, dengan skirt dan tali pinggang hitam yang memapakkan seakan-akan macam sebuah beg. Pakaian yang dipakai beliau merupakan ditaja oleh jenama terkenal dunia iaitu Louis Vuitton.
Para peminat yang kecewa pergi ke ruangan komen dan membidas jenama itu diruangan komen Instagram kerana tidak menggayakannya dengan baik.
“What Did Yall Make My Girls Wear?”
Sekadar info, Argentina memenangi Piala Dunia, semalam apabila berjaya menewaskan juara bertahan Perancis, 4-2 menerusi penentuan penalti selepas seri 3-3 dalam aksi tambahan masa penuh dramatik. Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menyelamatkan penalti Kingsley Coman dan rembatan Aurelien Tchouameni tersasar untuk memberikan Argentina kejuaraan dunia pertama mereka sejak 1986, dan ketiga keseluruhan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.