Wanita mana je yang tak tergila-gilakan emas kan? Lebih-lebih lagi emas sekarang dikeluarkan dengan design-design yang cantik dan unik.
Terbaru, cincin yang berbentuk donut telah diperkenalkan di Malaysia dan design tersebut telah membuat para wanita tidak keruan. Satu video dikongsi oleh Kedai Emas Perling di akaun tiktoknya @kedaiemasperling1.
Cincin Bentuk Donut Viral
@kedaiemasperlingsdnbhd ♬ original sound – kedaiemasperling – Kedai Emas Perling Sdn Bhd
Menerusi video yang dikongsi, terlihat kedai emas tersebut mempromosikan cincin yang berbentuk donut yang di jual di kedainya dan ianya merupakan design yang terbaharu. Dalam video itu, kedai tersebut turut mempamerkan cincin yang berbentuk donut yang mana coraknya disaluti dengan crome beserta harga yang berjumlah RM589.
“Ni Beli Sebiji Setahun Kenyang”
Video yang dikongsi oleh kedai Emas Perling telah membuat wanita di luar sana tak keruan apabila melihat cincin yang berbentuk donut itu. Penuh diruangan komen video tersebut dengan komen-komen para wanita yang menginginkannya. Ada juga yang mengatakan kalau beli donut ini boleh buat mereka kenyang setahun.
Dio Mari nga donut pulak doh .. ni donut flavour mangga ni😂
Ni beli sebijik setahun kenyang uiiiii😂😂
makan sebiji pun kenyang dah kalau dapat donat ni🤪🤪😜😜😜😜
dapat sebijik kenyang tidur pun lena🥰🥰
Sekadar info, Chrome sebenarnya adalah saduran cat ke atas emas yang bertujuan untuk mencantikkan barang kemas tersebut. Barang kemas yang mempunyai chrome akan akan nampak lebih cantik dan terkini. Sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warna emas asal.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.