Penampilan penyanyi, Wany Hasrita ketika melakukan persembahan pembukaan bersama De Fam di malam Anugerah Juara Lagi ke-37 mencuri perhatian peminat di media sosial.
Menggayakan Busana Rekaan Seth And Luna
Wany dilihat menggayakan busana berwarna coklat rekaan pereka Seth and Luna, kelihatan anggun digayakan bersama songket ketika menyanyikan lagu 7 Nasihat bersama kumpulan De Fam.
“7 Nasihat for Opening #AJL37. Hope you guys enjoy our performance ❤️.”-Kapsyen Wany di Instagram
“Ni Baru Betul Pakaian Untuk Muslimah..”
Ruangan komen turut dibanjiri dengan komen peminat yang memuji penampilan Wany yang kelihatan sopan dan cantik biarpun menggayakan busana yang longgar dan sedap mata memandang. Malah, segelintir netizen mula ber-spekulasi melihat Wany seperti ‘berbadan dua’.
“Ni baru betul pakaian untuk muslimah, luv sangat.”
“Eee cantiknya dia! Great job kamu! Lepasni boleh collab buat lagu pulak k?.”
“Alhamdulillah..Muslimah yang sangat cantik. Sebab tertutup elok..Dan mengenakan pakaian yang longgar. Moga menjadi asbab dan contoh pada yang lain.”
“Wani macam pregnant je.”
“Seri ibu mengandung ni. Lawa sangat.”
“Wah baby bump!.”
Sekadar info, Aina Abdul berjaya merangkul trofi Juara Lagu menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup. Naib juara AJL37 menjadi milik SonaOne dan Joe Flizzow menerusi karya Satu Malam Di Temasek.
Selain itu, lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos menduduki tempat ketiga, yang melayakkan menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM30,000.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.