Sebagai umat yang beragama Islam, mempelajari Al-Quran adalah satu kewajipan. Mempelajari Al-Quran bukan sahaja mempelajari cara membaca dan hukum tajwid, malah mempelajari dan menerangkan isi Al-Quran kepada orang ramai juga suatu kewajipan ke atas umat islam.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipelajari sebelum mahir untuk membaca Al-Quran. Salah satunya dengan mula belajar membaca Iqra ianya akan membuat seseorang mengenal huruf di dalam Al-Quran.
Gadis Hindu Baca Iqra Dan Surah-Surah Di Dalam Al-Quran
Baru-baru ini, tular satu video di mana seorang gadis beragama Hindu yang bernama Divya Darshini membuat live di tiktok bersama seorang wanita Melayu. Di dalam live tersebut terlihat Divya membaca iqra dan kemudian meneruskan membaca surah An-Naas, ramai terpegun selepas Divya membaca surah tersebut kerana kelancarannya membaca surah itu.
Kemudian di tanya oleh wanita Melayu itu, surah paling panjang yang dihafal. Kemudian Divya membaca surah Yaasin dan menyatakan itu surah terpanjang yang dia hafal.
Dulu masa kecil kalau i nampak hantu, dalam hati automatik keluar ayat Kursi.-Kata Divya
@lan5388 smoga mendapat hidayah…😊😊🤲🤲 Amin..
Di ruangan komen video tersebut juga turut meriah dengan komen yang positif dari netizen. Rata-rata mereka memuji Divya kerana hafal dan pandai membaca surah-surah di dalam Al-Quran.
pandainya dia, cantik pun cantik.-kata mereka
cantik dan pandai, cepat hafal semoga diberi hidayah.- tambah mereka
Jangan lupa ikuti MURAI MY di Instagram, Facebook, Telegram dan semua platform media sosial yang ada.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.