Rutin penjagaan kulit merupakan satu terapi. Itulah masa untuk kamu bermanja dengan kulit, mengenali kulit dengan lebih dekat, membelek setiap perincian kulit bagi memastikan diri berada pada keadaan yang sihat dan baik.
Di usia 30-an ini banyak perkara tentang skincare yang penulis terlepas dan kalau boleh putar masa, alangkah bagusnya dapat menjaga soal penjagaan wajah. Tiada lagi masalah kulit seperti jerawat, kusam, parut dan sebagainya, kulit bersih berseri seperti yang diidamkan. Tak perlu keluar rumah dengan bersolek tebal bagi menutupi cela, natural beauty dengan sunscreen sahaja.
Sebab itu, penting untuk kamu tahu tips penjagaan kulit, lagi-lagi kamu yang masih muda. Beauty guru Amy Chang atau dikenali sebagai @bondenavant berkongsi 2 tips penting.
Jangan pakai krim pelembap yang berlebihan
Kenapa? Melembapkan kulit kamu secara berlebihan boleh menjadikan kulit kamu lebih lemah, sensitif dan kering dari semasa ke semasa. Apabila terdapat terlalu banyak kelembapan pada kulit, perkara seperti ruam boleh berlaku.
Kalau kamu terus over moisturize boleh terjadinya perioral dermatitis. Di mana kulit kamu merengsa dan mengakibatkan kegatalan, kemerahan, atau mengelupas.
Penting untuk hanya menggunakan pelembap dalam kuantiti yang kecil seperti saiz kacang, dan dirumus untuk jenis kulit kamu.
Reapply SPF setiap 2 jam
Penggunaan SPF selepas beberapa jam adalah sangat penting untuk mengekalkan ketahanan perlindungan daripada sinaran UV yang diberikan.
Malas reapply sunscreen boleh menyebabkan pelbagai risiko masalah kulit, seperti;
- Kulit terbakar dan menjadi gelap akibat sinaran UVB
- Kulit menjadi kering dan kusam
- Kedutan halus muncul pada kulit
- Terdapat hiperpigmentasi pada kulit, yang menyebabkan tona kulit tidak sekata
- Risiko penuaan pramatang kulit
- Risiko mendapat kanser kulit
Nampak macam mudah tapi percayalah ramai yang tidak mengambil peduli akan soal penjagaan kulit. Ingat, nak kulit cantik kena rejin belek.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.