Perkongsian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang bertemu dengan isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada yang mengalirkan air mata ketika mengimbau kembali kenangan di awal perkahwinannya bersama Hafidz turut mendapat respon oleh penyanyi dan pelakon, Iqbal Zulkefli yang turut bersuara terhadap pergolakan yang berlaku.
Aliff Syukri Mahu Shu Beri Hafidz Peluang?
Aliff Syukri, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dilihat menitipkan pesanan buat Shu untuk memberikan peluang kepada individu terlibat.
“Cuba fikirkan saat-saat Shu tengah mesra dengan dia, dan ini mungkin dugaan. Awak sebagai perempuan, bagilah peluang kat dia.
Dan saya yakin dalam kehidupan rumahtangga, salah seorang kena mengalah. Dan saya tak pasti atas mata awak tu, apa punca dia, mungkin dia tak sengaja.
Jadi kita sebagai seorang lelaki, kalau boleh jangan kasari isteri, sayangi isteri sebagai bidadari hidup.”-kata Aliff Syukri
“Jangan Cepat Menghukum Sesiapa Pun..”
Perkongsian Aliff Syukri turut mendapat respon oleh Iqbal yang meminta orang ramai untuk memberikan ruang buat Syu dan suaminya berfikir di atas apa yang berlaku.
“Ramai orang kita hanya tahu berkata ‘cerailah, lepaskan, semoga dapat balasan’, sedangkan kita langsung tak tahu di sebalik yang kita tahu. Bagilah mereka sejenak berfikir, ruang dan peluang.
Seburuk apa pun kisah mereka, tetap mereka pernah bahagia, tidur sebantal dan pernah ada di saat susah senang. Jangan cepat menghukum sesiapa pun dalam hal rumah tangga.”-tulis Iqbal
Sama-sama kita doakan agar pergolakan yang bertemu dapat diselesaikan dengan baik..
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.