• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Insecure Bila Mulut Berbau Ketika Berpuasa? 5 Petua Untuk Kurangkannya…

by Soph Azz
March 22, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Sesiapa yang perlu berhadapan dengan orang ramai atau berkomunikasi sepanjang hari dalam bulan Ramadan, pasti berasa insecure sangat serta tidak selesa. Bukan apa, risau bau mulut boleh cetuskan ketidak selesaan terhadap orang lain.

Kalau kamu nak tahu, pada bulan Ramadan mulut berbau itu adalah perkara yang normal. Situasi ini berlaku disebabkan oleh keadaan mulut yang tengah kering tanpa sebarang air.

Bila mulut kering, air liur kita yang neutralkan asid dalam mulut jadi kurang. Kesannya, kadar asid dalam mulut jadi tak seimbang hingga buatkan bakteria cepat membiak dan menjadikan mulut berbau.

Sekiranya kamu salah seorang daripada mereka yang menghadapi masalah mulut berbau ketika puasa, Miss Murai syorkan untuk kamu ikut petua berikut. Sekurang-kurangnya bolehlah kamu kurangkan bau mulut…

#1 Gosok gigi & juga lidah 

Salah satu penyebab mulut berbau sebenarnya adalah tidak menjaga kebersihan mulut. Sebagai solusi, kamu perlu gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur menggunakan ubat gigi berfluorida.

Foto – Pinterest

Psst… Selain gigi, pastikan kamu berus juga lidah ye untuk bersihkan sisa makanan.

#2 Guna floss & cecair pembersih mulut 

Kalau kamu nak tahu, berus gigi dan lidah sahaja tak cukup kerana sisa makanan dan minuman boleh berada pada lidah, gigi, kerongkong serta gusi.

Foto – Pinterest

Jadi gunakan floss untuk bersihkan sisa di celah-celah gigi. Kemudian bersihkan dengan cecair pembersih mulut. Saranan Miss Murai, guna pembersih mulut berperisa pudina.

#3 Pastikan minum air dengan cukup 

Seperti yang kita sedia maklum, bila badan terutamanya mulut kekeringan air, kamu akan mendapat bau mulut yang kurang selesa dan busuk. Jadi penyelesaiannya, minum air dengan cukup semasa sahur atau selepas berbuka untuk elak mulut menjadi kering.

#4Pastikan makan makanan berkarbohidrat 

Sesetengah orang, bulan Ramadan adalah bulan terbaik untuk mereka kurangkan berat badan. Jadi apa yang mereka buat adalah kurangkan atau tak ambil langsung karbohidrat.

Foto – Pinterest

Kalau kamu nak tahu, cara tidak disyorkan kerana ia memaksa badan kamu untuk dapatkan tenaga secara ketosis. Bila jadinya proses ini, badan akan hasilkan ketones yang menjadi salah satu punca kenapa mulut berbau.

#5 Kalau boleh jangan minum kopi atau teh semasa sahur 

Foto – Pinterest

Rasanya kamu tahu kopi dan teh adalah minuman diuretik, iaitu minuman yang menggalakkan seseorang itu kerap kencing. Bila minum kopi atau teh semasa sahur, ia boleh menyebabkan kamu kehilangan air dengan banyak. Bila badan jadi dehidrasi, secara tak langsung mulut boleh menjadi berbau.

Semoga bermanfaat!

cara elak mulut berbaumulut berbau bulan puasatips elak mulut busuk puasa
https://lomp.at/jfz28
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram @shihazikir
Kesihatan

“Slowly But Surely”, Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam

by Farah Fatihah
December 17, 2025

Berpeluh di pagi hari bukan sekadar rutin harian, sebaliknya lambang disiplin serta tanda kasih sayang terhadap diri sendiri. Itulah gambaran...

Read moreDetails
Kesihatan

Millenial Tak Rasa Umur Sendiri: Fenomena ‘Age Dysmorphia’ Kian Jadi Realiti

by Iffah Najwa
December 20, 2025

Fenomena generasi millenial yang tidak mengaku usia sebenar kembali menjadi bualan hangat di media sosial. Seorang TikToker, Helen McPherson, mendedahkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore