Retinol tidak hanya bagus untuk wajah, tetapi juga tangan.
Lumrah wanita untuk sentiasa tampil cantik, maka tidak hairan kebanyakan wanita mengambil pelbagai inisiatif dalam melambatkan proses penuaan kulit agar sentiasa tampil muda remaja.
Namun, ramai wanita hanya menumpukan penjagaan kulit wajah sahaja. Sedarkah kamu bahawa kulit tangan juga perlu diberi perhatian lebih lagi memandangkan tangan lebih cepat ‘nampak tua’ berbanding wajah.
Kebanyakan tanda penuaan pada tangan, adalah kedutan, kuku rapuh atau kulit kering. Sesetengah orang mungkin mengambil langkah untuk menjadikan tangan mereka kelihatan lebih muda dengan menggunakan krim tangan atau membuat perubahan gaya hidup, serta macam-macam lagi.
Tahukah kamu, retinol bagus untuk melembut dan menjadikan tangan kelihatan muda.?
Untuk penjagaan tangan, gunakan retinol sekali sehari. Retinol boleh membantu mengelupas beberapa kawasan yang rosak dan menyediakan kulit untuk rawatan lain. Sapukan pada tangan kamu pada waktu malam supaya ia tidak terdedah kepada cahaya matahari.
Dipetik daripada Medical News Today, menggunakan losyen tangan dengan retinol atau glycolic acid sebelum tidur boleh membantu melegakan kulit kering, retak atau bersisik akibat kering. Cara ini boleh membantu mengunci kelembapan, membolehkan bahan aktif bekerja pada kulit.
Sayanglah kalau kulit wajah tegang, muda dan berseri tapi tangan pula kedut seribu. Jadi apa kata kamu lebih prihatin terhadap penjagaan tangan.
Selamat beramal!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.