Sudah lama kita tidak mendengar perkembangan terbaru penyanyi dan pelakon, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail di media sosial. Buat yang mengikutinya di media sosial, Dafi dilihat sering berkongsi momennya bersama keluarga serta karier seninya lebih-lebih lagi dalam bidang lakonan seperti filem Malbatt Misi Bakara yang bakal ditayangkan pada Ogos ini di pawagam.
Tayang Video Menari
Terkini, Dafi ada memuatnaik rakaman video menari dengan berlatar lagu remix Give It To Me x Say It Right nyanyian Nelly Furtado, Timbaland dan Justin Timberlake.
“Another dance cover, ye tau lidah dengan muka kemut tu, terima seadanya dulu k. Next video kita kawal peng-ULAR-an itu.”-kapsyen Dafi di TikTok
@dafiismailsabri Another dance cover, ye tau lidah dengan muka kemut tu… terima seadanya dulu k…next video kita kawal peng-ULAR- an itu. ✌️😝✌️ #SebelumKenaCarutBetterCarutDiriSendiriDulu #giveittomexsayitright #giveittome #sayitright #dance #BroCuba
“Try Ajak Ayah Dance Sekali Dafi, Mesti Viral”
Bagaimanapun, perkongsian tarian Dafi di media sosial itu telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang mencadangkan pelakon drama Hotel Mania ini untuk mencari peluang pekerjaan di platform jawatan kosong seperti di LinkedIn dan JobStreet.
“Cent2try tengah cari ahli kumpulan.”
“Dafi, please back to normal.”
“Asal tengok macam Kwang Soo menari haha.”
“Dafi cuba buka LinkedIn dan JobStreet.”
“Try ajak ayah dance sekali Dafi. Mesti viral.”
“Saya konfius..Ni bersilat atau menari.”
“Siapa videographer dia ni.”
Video berkenaan kini telah mendapat lebih dari 40 ribu tontonan di TikTok dan Instagram sehingga artikel ini ditulis.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.