Baru-baru ini, hangat mengenai isu peniaga vendor ditipu dan melibatkan kerugian yang banyak apabila penganjur membatalkan program disaat akhir. Perkara itu mencetuskan kemarahan peniaga, kerana pekerja serta barang jualan sudah siap disediakan oleh mereka dengan kuantiti yang banyak namun tidak dapat dijual.
Kenyataan Saya Ini Boleh Dibawa Ke Pihak Berkuasa
Penganjur telah memberitahu bahawa orang sebenar di belakang tabir adalah Boy Iman, dan perkara tersebut membuatkan mereka bertambah marah kerana mereka tidak pun mengetahui bahawa Boy Iman terlibat sama dalam penganjuran program ini.
Ramai yang mention Boy Iman di media sosial masing-masing kerana marah mengenai isu tipu vendor itu. Boy Iman akhirnya mengeluarkan kenyataan di instagram miliknya mengenai siapakah yang harus bertanggungjawab.
“Itu bukan syarikat saya, dan saya bukan CEO, saya juga tidak bertanggungjawab dalam menguruskan akaun syarikat itu. Saya hanyalah pekerja makan gaji. Saya sebagai rakan strategik untuk acara ini di mana saya PENGASAS & PRESIDEN membantu ahli-ahli saya, rakan-rakan usahawan selebriti untuk berniaga bersama di acara ini”-kata Boy
Menurutnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu adalah fakta dan boleh dibawa ke pihak berkuasa serta dia bersedia untuk disiasat, asalkan mengikut lunas yang ditetapkan dalam perlembagaan negara.
Tegasnya lagi, dia memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang cerita yang tidak sahih mengenai dirinya itu.
Kesian kepada peniaga yang mengalami kerugian, tambah pula lagi beberapa hari akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Apa-apa pun, Murai MY berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.