Rumah tangga Inara Rusli dan penyanyi yang popular di Indonesia, Virgoun terus menjadi tumpuan umum selepas berita hubungan sulit suaminya tersebar. Tidak lama dahulu, Inara Rusli juga menjelaskan bahawa Virgoun mempunyai penyakit mental dan fetish.
Perkara ini didedahkan Inara Rusli selepas melihat komen netizen di Instagram peribadinya.
“Tak boleh salahkan satu pihak, sebagai perempuan kena muhasabah diri juga. Apa salahnya istrei kenapa suami bisa jajan(makan) di luar. Kamu bercadar seharusnya kamu tau itu,” tulis komen @elintxxxx, dipetik dari Suara.com.
Tidak langsung membalas menerusi ruangan komen, Inara sebaliknya memberikan responsnya dengan memuat naik tangkapan skrin komen tersebut ke insta story peribadinya.
“Semoga tak dapat pasangan yang sakit jiwa dan fetish, cik,” balas Inara dengan emoji tangan mendongak seperti sedang berdoa.
Tetapi Apa Itu Fetish?
Dipetik dari halaman Halodoc, dari perspektif psikologi bahawa fetish adalah obsesi seksual (fantasi). Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang mengalami rangsangan seksual yang mendalam apabila dia bertemu dengan pelbagai objek selain manusia atau anggota badan yang bukan sebahagian daripada kemaluan.
Contohnya, seseorang berasa terangsang apabila melihat orang lain memakai pakaian atau aksesori tertentu. Keinginan seksual ini juga boleh muncul selain daripada objek atau bahagian badan tertentu. Tetapi juga apabila berhadapan dengan keadaan dan juga sesuatu aktiviti.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Inara Rusli secara tiba-tiba mendedahkan hubungan sulit suaminya, Virgoun, dengan seorang wanita bernama Austina Tenri Ajeng Anisa.
Menerusi akaun Instagramnya, Inara Rusli mendedahkan bukti hubungan sulit Virgoun. Malah, Inara turut mendedahkan perbelanjaan Virgoun untuk urusannya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.