KC Global Media, rangkaian hiburan utama Asia dan pengendali multisiaran, telah mengumumkan satu perjanjian dengan konglomerat media dan hiburan bersepadu terbesar Malaysia.
Mengakses Kandungan Jepun
Perjanjian tersebut adalah diantara KC Global Media dan juga Media Prima yang bertujuan untuk membawa drama Jepun, aneka ragam, dan animasi Jepun premium dalam aplikasi penstriman video, Tonton.
Melalui perjanjian ini, lebih daripada 400,000 pengguna di Tonton kini boleh mengakses aliran kandungan Jepun tanpa henti.
Serendah RM7 Sebulan
Kandungan Jepun ini boleh diakses melalui tajuk linear dan video atas permintaan (VOD) yang tersedia daripada saluran animasi Jepun KC Global Media, Animax, dan saluran hiburan Jepun, GEM.
Animax dan GEM akan tersedia melalui platform servis langganan premium TontonUp, dengan harga bermula serendah dari RM7 sahaja sebulan.
Disertakan Sarikata BM
Apa yang lebih menarik, semua kandungan daripada Animax dan GEM akan distrim dalam audio asal Jepun dan disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.