Pengeluar kenderaan premium memperkayakan nilai pemilikan model-model BMW dan MINI terpilih yang berusia lebih lima tahun dengan kempen terbaharu mereka.
Kempen Servis Nilai
Dalam kempen ini, mereka menampilkan pakej-pakej khas dengan Alat Ganti & Aksesori Tulen BMW dan MINI yang terpilih.
Kempen Servis Nilai (Value Service Campaign) yang terbaharu untuk jentera BMW dan MINI buat para pemilik model-model BMW dan MINI yang terpilih peluang untuk menikmati aneka pakej servis.
Model Lima Tahun Dan Ke Atas
Kempen baharu ini adalah eksklusif untuk model-model BMW dan MINI terpilih yang berusia lima tahun dan ke atas dan disertakan minyak enjin percuma dan potongan caj servis untuk tempoh yang terhad.
Model-model yang terpilih ini meliputi BMW 3 Series (F30 dan F90), BMW 5 Series (F10 dan E60), BMW 7 Series (F02 dan E66), BMW X1 (F48 dan E84), BMW X3 (F25 dan E83), BMW X5 (F15, E53 dan E70) serta MINI Clubman (F54 dan R55), MINI Countryman (R60), dan MINI Cooper S (F55, F56 dan R56).
Potongan Menarik Dan Minyak Enjin Percuma
Sehingga 31 Mei 2023, pemilik model-model terpilih ini dapat menikmati servis minyak enjin percuma serta potongan caj buruh sebanyak 30% dengan setiap pembelian mana-mana satu daripada empat pakej yang ditawarkan di bawah kempen ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Servis Nilai BMW dan MINI yang baharu ini, para pemilik boleh menghubungi wakil pengedar bertauliah pilihan masing-masing atau melayari laman sesawang BMW.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.