Pada episod “Girls Night Out” yang disiarkan di Mnet pada hari Isnin (8/5), Lee Seung Hoon WINNER (II) muncul dan menjelaskan tentang hutangnya kepada Lisa BLACKPINK. Di sini, penyanyi itu mendedahkan berhutang sehingga mencecah 2 bilion won (sekitar RM6.7 Juta).
Hutang tersebut muncul selepas Seung Hoon mengajak Lisa membuat penampilan istimewa dalam video pada akaun peribadi TikToknya. Hal ini turut mendapat respon dari Lisa.
Sebaliknya, Lisa menarik perhatian dengan berkata, “Adakah saya ditipu?”.
Penyanyi Thailand itu kemudian bergurau,
“Saya membantu Seung Hoon. Dia meminta saya membuat cabaran video pendek dan meminta deposit 2 bilion won. Tetapi dia belum membuat pembayaran. Sila buat pembayaran”, membuatkan Seung Hoon keluar
Fadzil Beri Nasihat Kepada Lisa Blackpink
Sementara itu, berita ini telah mendapat liputan meluas pada media tempatan sehinggakan menarik perhatian pelakon dan pengarah Fadzil Zahari. Di ruangan komen, suami kepada Yana Samsudin ini menulis,
“Lisa perlukan seorang suami yang boleh tolong kutip hutang-hutang dia..”- tulisnya
Komen adik kepada pelakon Farid Kamil ini dianggap lucu di kalangan netizen malah ada yang berfikir Fadzil mahu menduakan isterinya. Tapi ternyata ini hanya gurauan semata-mata.
Sekadar info, Seung Hoon diketahui sememangnya berkawan rapat dengan ahli BLACKPINK. Ketika kumpulan itu memulakan konsert “BORN PINK” di Seoul tahun lepas, dia datang untuk memberikan sokongan dan totaliti dengan memakai barangan BLACKPINK.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.