Tidak dinafikan, media sosial mempunyai banyak faedah dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segenap pengguna. Namun, terlalu kerap menggunakannya boleh menyebabkan ketagihan sehingga memberi impak negatif kepada diri sendiri.
Walaupun media sosial tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan seharian kita namun, ia sering dipersalahkan kerana dapat meningkatkan masalah mental terutamanya di kalangan remaja. Kajian statik membuktikan bahawa pengaruh media sosial dapat meningkatkan kemurungan, kebimbangan dan tekanan psikologi.
Malaysia Dan Filipina Di Tempat Kedua
Satu kajian mendapati bahawa, Malaysia dan Filipina berada di tempat kedua bagi negara yang paling banyak menggunakan media sosial di dunia. Tempat pertama adalah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) diikuti Malaysia dan Filipina dan kemudiannya Arab Saudi, Singapura, Vietnam, Brazil, Thailand, Indonesia dan Hong Kong.
Difahamkan, 97 peratus purata penduduk Malaysia memperuntukkan masa lebih kurang 8 jam sehari untuk melayari internet. Belum termasuk dengan pekerja yang berkerja dengan menggunakan media sosial sepanjang hari. Tambahan pula, kebanyakkan sekolah diseluruh dunia telah membenarkan penggunaan teknologi dan internet bagi memudahkan untuk mengakses dan menghantar kerja sekolah, serta ianya dapat membantu memudahkan sesi pembelajaran di sekolah mahupun di rumah.
Ramai juga kanak-kanak yang merungut, kerana ibu-bapanya sering bermain telefon untuk menggunakan media sosial berbanding bermain bersama mereka. Begitu juga ibu-bapa, merungut mengenai anak-anak mereka yang lebih gemar bersendirian bersama telefon bimbit berbanding bersembang dengan mereka.
Zaman teknologi ada baik dan buruknya, bagi sesetengah individu mereka mencari rezeki dengan menggunakan bantuan media sosial bagi meluaskan lagi perniagaan mereka. Ada juga yang menggunakannya hanya sekadar hiburan untuk menghabiskan masa yang ada. Namun jika terlalu kerap menggunakan media sosial sehingga tidak mahu bergaul dengan orang lain maka itu sudah keterlaluan.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.