Umum mengetahui bahawa penjagaan kulit wajah adalah penting untuk mengelakkan kulit kusam atau penuaan kulit lebih cepat. Corak pemakanan dan stress juga boleh menyumbang kepada faktor perubahan hormon dan akan memberikan kesan pada kulit wajah.
Pendek kata, apabila mempunyai masalah kulit, kita lebih enggan berhias indah kerana berasa rendah diri dan tidak yakin dengan kondisi wajah. Namun itu tidak bermakna anda harus mengabaikan kecantikan diri dengan alasan sukar mencari waktu atau tiada masa untuk perkara itu.
Jadi berhenti merungut! Kini sudah tiba masanya untuk menyelamatkan kulit anda, mengelakkan keadaan kulit menjadi lebih teruk supaya kekal yakin, elakkan penuaan sebelum tiba masanya.
Oleh kerana proses pemulihan dan pengelupasan semulajadi berlaku semasa anda sedang tidur setelah seharian melakukan aktiviti serta terdedah dengan selaran cahaya UV, beri peluang untuk kulit anda bernafas segar semula dengan oleskan produk Day Protect Night Repair Serum dari Y.O.U Beauty agar memperoleh antioksidan yang mencukupi. Ini turut membantu dalam mendapatkan kulit yang lebih halus dan berseri.
Rahsia untuk kulit sihat, berseri dan tegang itu sebenarnya bermula dengan rutin penjagaan kulit menggunakan Y.O.U Beauty di waktu siang iaitu Day R Protect dengan Radiance Up! Antioxidant Serum dan Night A Repair dengan Advanced Youth Intensive Peptide Serum di waktu malam.
Fungsi antara serum siang dan serum malam, ada perbezaannya. Serum siang digunakan untuk melindungi kulit wajah manakala serum malam diformulasikan untuk perawatan.
Oleh itu, menggunakan serum dengan kesan berbeza pada waktu pagi dan petang bukan sahaja boleh menyediakan perlindungan dan pembaikan penjagaan kulit yang komprehensif, dan juga boleh memenuhi keperluan kulit dengan cara yang lebih disasarkan, membantu kulit mencapai keadaan terbaikya.
Day Protect – Radiance Up! Serum Night Repair – Advanced Youth Serum!
Day R Protect Dengan Radiance Up! Antioxidant Serum
Serum antioksidan Radiance Up! yang diformulasikan dengan SymWhite 377, adalah sistem pencerahan yang kuat yang mengandungi niacinamide, vitamin c dan ekstrak licorice. Ia juga mempunyai ekstrak camellia korea dan carnosine berfungsi untuk mengurangkan kekusaman kulit dan memudarkan penampilan bintik-bintik hitam sehingga 48% dalam 14 hari yang disebabkan oleh radikal bebas.
Justeru, antioksidan penting untuk melindungi kulit disebabkan oleh radikal bebas dan penceroboh alam sekitar seperti UV dan pencemaran.
Malah kesan daripada itu, sejenis glycation iaitu kolagen dan elastin yang rosak disebabkan oleh lebihan gula dalam serat kulit menjadikan kulit seseorang itu kusam dan kasar.
Oleh itu, keperluan carnosine adalah salah satu bahan dalam penjagaan kulit yang boleh membantu mengurangkan glikasi.
Night A Repair Dengan Advanced Youth Intensive Peptide Serum
Meskipun kebanyakkan daripada remaja hanya biasanya mengutamakan rutin penjagaan kulit pada waktu siang sahaja, ketahuilah sebenarnya, rutin penjagaan pada waktu malam juga penting dan perlu diambil berat.
Bahkan penjagaan kulit pada waktu malam sangat signifikan kerana di waktu malam ianya merupakan proses regenarasi kulit iaitu penggantian kulit sel kulit mati dengan sel kulit baru.
Walau penat sekalipun, rutin ini wajib dilakukan, iaitu sebelum tidur, oleskan produk Advanced Youth Intensive Peptide Serum di wajah anda untuk membaiki kulit serta melawan penuaan pramatang.
Ianya menggalakkan pertumbuhan sel kerana produk ini mengandungi sejenis bahan ekstrak Yarrow Perancis yang terkenal untuk menggalakkan pertumbuhan sel, serta mengurangkan kerosakan radikal bebas dan sebagai bahan pemulihan.
Apa yang lebih meyakini, produk ini mengandungi Plantide X yang menggabungkan peptida terbitan tumbuhan pertama di dunia dengan Peptida M3000 untuk membantu merangsang pembaharuan kulit dan mengekalkan penampilan kulit. Justeru, 91 peratus menunjukkan garis Nasolabial telah berkurangan dalam 14 hari selepas menggunakan serum ini.
Kebanyakan mereka yang sudah memasuki alam 40-an, rata-rata daripadanya sering mengeluh dan merungut kerana menyesal tidak membuat persediaan awal di usia muda dahulu mengenai pentingnya penjagaan kulit seawal mungkin. Ini kerana ramai mula memikirkan mengenai kedutan di wajah yang semakin ketara malah tidak kurang juga mula berasakan mereka tidak lagi kelihatan menarik.
Usah risau, dengan hanya beberapa titik serum ini iaitu Radiance Up! Antioxidant Serum (Day R Protect) sudah cukup memberikan ketika waktu siang dan beralih ke rawatan kulit wajah di waktu malam dengan produk Advanced Youth Intensive Peptide Serum (Night A Repair).
Apa yang penting adalah kepekaan terhadap kehendak kulit dan tubuh kita sendiri. Setiap petua atau produk penjagaan diri yang kita guna hari ini perlu selari dengan perubahan usia untuk memastikan kulit sentiasa anjal, lembap dan sihat.
Jom dapatkan produk serum daripada rangkaian Y.O.U Beauty dan kekalkan kulit berseri dan anjal anda ke usia emas.
Tunggu apa lagi, ayuh sertai peraduan dan menangi produk Day R Protect Night A Repair dengan cara-cara ini:
- Like post ini di @muraimalaysia
- Follow @youbeauty_my dan tag 3 rakan di ruangan komen
- Kongsi post ini di Instagram Story anda dan tag @youbeauty_my
Pemenang akan dipilih secara rawak!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.